Kursus Jurulatih Spesifik Sukan Perahu Layar Tahap 1

Tarikh: 05hb Oktober 2015 hingga 10hb Oktober

Venue: Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA) Tg Bungah, Pulau Pinang

Anjuran: Persatuan Pelayaran Malaysia dan Institut Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Pulau Pinang (PSA)

Jumlah Peserta: 38 peserta

NEGERI

JUMLAH

NEGERI

JUMLAH

NEGERI

JUMLAH

NEGERI

JUMLAH

JOHOR

03

KEDAH

02

KUALA LUMPUR

03

KEBANGSAAN

06

PAHANG

01

PERLIS

02

PULAU PINANG

07

SARAWAK

02

TLDM

04

TUDM

05

TERENGGANU

03

-

-

Pendaftaran dan Jadual

Para peserta terdiri dari kalangan bekas pelayar, pelayar kebangsaan, pelayar negeri, kalangan guru juga beberapa individu yang aktif dalam persatuan negeri. Setiap negeri dilimitkan kepada 3 penyertaan sahaja kecuali peserta tuan rumah diberi kelonggaran.

 

Penyertaan dilimitkan kepada 40 peserta tetapi disebabkan oleh beberapa negeri menarik diri pada saat-saat akhir maka penyertaan menjadi kurang dan penambahan telah diberikan kepada persatuan negeri lain dimana TLDM, TUDM dan atlet kebangsaan menghantar lebih peserta.

Pendaftaran berjalan lancar dengan semua peserta melapor pada masa yang ditetapkan kecuali peserta dari Pahang yang melapor lewat sehari disebabkan masalah pengangkutan dan pelepasan.

Kursus Spesifik tahap 1 ini adalah kali pertama diadakan pada tahun ini bersama beberapa kursus spesifik sukan-sukan lain serta juga kursus Sains Sukan yang telah dibekukan pada sepanjang awal tahun lanjutan daripada pertukaran peranan dan tanggungjawab MSN Negara dan Institut Sukan Negara dimana bahagian kejurulatihan telah bertukar daripada di bawah MSN Negara kepada Institut Sukan Negara. Bahagian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) telah diwujudkan di bawah ISN Negara bagi mengendalikan kursus-kursus, klinik-klinik berkaitan dengan kejurulatihan sukan.

Kursus berjalan dengan lancar dimana gabungan peserta yang terdiri dari pelayar yang berpengalaman dalam negara bersama dengan kalangan guru yang kurang berpengalaman dalam sukan ini telah digabung untuk mendapatkan suasana kursus yang kondusif.

Latihan Fizikal Ringan

Setiap awal pagi sesi bermula dengan latihan fizikal ringan bersama dengan penerangan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sesuai bagi sukan pelayaran

Taklimat Latihan Di air

Persediaan Bot, Menurunkan Bot dan Menaikkan Bot

Peserta kursus pada kali ini menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat memuaskan dalam setiap acara dan subjek yang dijadualkan dalam kursus ini.

Keadaan tempat yang mempunyai facilitas yang agak terhad dari segi kemudahan menurun dan menaikkan bot serta halangan-halangan yang ada memerlukan kerjasama yang tinggi dari para peserta dan ini dapat dilihat ketika terutamanya melakukan persediaan bot, launching dan juga landing

Praktikal Pelayaran dan Demontrasi Pengajaran Latihan di Air

Kursus yang melibatkan latihan pengajaran di air berjalan dengan baik. Semua perancangan berjalan mengikut jadual walaupun dihalang dengan keadaan angin yang sedikit perlahan. para peserta dikehendaki untuk mengendalikan bot-bot layar yang disediakan mengikut pecahan 6 kumpulan dan sebahagian dari ahli kumpulan di ajar dengan praktikal mengajar pelayar di air dari bot jurulatih

Debrief-Taklimat Ulasan latihan

Berakhir setiap sesi latihan di air selepas cucian dan menunggu peralatan kering sesi dbrief diadakan bagi menerangkan pencapaian, kemajuan latihan, masalah yang berlaku semasa latihan dan perancangan sesi berikutnya diadakan

Ujian Praktikal, Ujian bertulis & Acara Penutup

Selain Praktikal di air, ujian bertulis juga diadakan pada hari terakhir.


Sebaik selesai ujian sesi bergambar ringkas diadakan bagi menutup kursus kejurulatihan tahap 1 ini. 


Kelihatan semua peserta dan penceramah sibuk dengan masing-masing terlibat dengan acara berikutnya terutamanya bagi persediaan kejohanan Penang Sailing Open Regatta 2015 yang diadakan bersempena dengan hari Sukan Negara 2015

Penutup

Penutup bicara coretan, sekalung tahniah buat para peserta yang berjaya menamatkan kursus dengan kehadiran dan komitmen yang cemerlang antara yang terbaik di antara kursus-kursus yang diadakan sebelum ini.


Tahniah dan terimakasih juga buat Persatuan Pelayaran Pulau Pinang (PSA) dengan kesudian tuan Presiden En Jay Yunus melakukan kunjungan semasa kursus, juga atas hospitaliti yang tersedia buat kursus ini sebagai tuan rumah termasuk ke atas tajaan baju kursus.


Kalau ada sumur di ladang

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur panjang

Boleh kita berjumpa lagi....


Berjumpa lagi bakal jurulatih di kejohanan-kejohanan dalam negara

Berjumpa lagi semua peserta di kursus Kejurulatihan Spesific Tahap Dua

Berjumpa lagi pihak pengelola, moga maju dengan penganjuran acara-acara berikutnya.

Harap sudi menjemput kita.... Maaf dari saya kepada semua kiranya ada salah dan silap


Sekian


ABDUL RANI BIN IDRIS

Write a comment

Comments: 0