BULAN PELAYARAN TERENGGANU 2015

Intro: Mengimbas dan Perancangan

Seperti biasa menuju ke penghujung tahun negeri Terengganu biasanya akan sibuk dengan aktiviti sukan pelayarannya. Dalam kekalutan menghadapi musim tengkujuh aktiviti sukan pelayaran juga sibuk aktiviti-aktiviti sempena acara sirkit terakhir tahunan World Match racing Tour (MWRT) yang dinamakan Monsoon Cup. 

keratan akhbar Bulan Pelayaran Terengganu 2012
keratan akhbar Bulan Pelayaran Terengganu 2012

Pada tahun 2012 kerajaan negeri Terengganu mengistiharkan Bulan Pelayaran Terengganu sempena dengan acara Monsoon Cup ini. Pasukan perahu layar Terengganu turut memeriahkan acara bulan Pelayaran Terengganu dengan mengadakan beberapa aktiviti tambahan selain dari latihan pusat seperti biasa

Seterusnya pasukan perahu layar meneruskan acara bulan pelayaran Terengganu ini pada setiap tahun (2013 dan 2014) dengan mengadakan beberapa program termasuk kejohanan ranking KFC-Monsoon Regatta.

Sayangnya pada tahun 2014 acara MWRT telah dilarikan ke negeri Johor dan Terengganu tidak lagi menjadi tuanrumah acara berprestij ini. Tetapi pada tahun tersebut acara Monsoon Cup Terengganu tetap diadakan tetapi hanyalah sebagai acara kelayakan peringkat asia ke acara MWRT.

Manakala pada tahun ini pula acara kelayakan peringkat asia juga dikhabarkan tidak akan diadakan siri kelayakannya sebagaimana biasa tahun-tahun sebelumnya dan format pemilihan ke acara MWRT bagi peringkat asia diubah formatnya.

Walaupun begitu khabar baik diterima baru-baru ini; kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk meneruskan acara Terengganu Monsoon Cup dengan menggantikan acara sedia ada dengan format kejohanan berbentuk kejohanan tempatan. Cadangan dikemukakan untuk mengadakan acara match racing ini secara terbuka kepada pasukan-pasukan dalam negara selain kepada pasukan-pasukan dalam negeri Terengganu

Selain acara match racing kerajaan negeri juga bercadang untuk menganjurkan seperti mana biasa acara-acara sampingan untuk menarik minat penduduk sekitar Kuala Terengganu serta pengunjung-pengunjung pelancong sekitar Teluk Warisan dan Pulaua Duyong. Beberapa acara-acara sukan rakyat telah dicadangkan dan termasuk di dalamnya adalah acara sukan perahu layar small dinghies juga turut akan diadakan


Cadangan Awal Tarikh

Kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan acara ini pada penghujung tahun 2015 ini, memandangkan pasukan utama perahu layar Terengganu akan berada di Langkawi bagi latihan dan kejohanan kebangsaan yang dijangka akan berakhir pada 21hb sahaja. Oleh itu dengan hasrat supaya pasukan perahu layar negeri Terengganu menjadi antara tumpuan bagi acara Monsoon Cup Terengganu ini maka pilihan awal tarikh adalah pada:

26hb hingga 30hb Disember 2015.

Apa-apa pun ini adalah khabar yang masih belum diputuskan dan kita berharap ianya akan menjadi kenyataan dan kita menunggu makluman resmi dari kerajaan negeri Terengganu.

Perancangan Pasukan

Sebagaimana dimaklumkan pasukan perahu layar Terengganu sebagaimana tahun-tahun sebelumnya telah juga lebih awal merancang beberapa program bagi bulan pelayaran ini. Cadangan pada tahun ini hanya bertumpu pada 1 minggu sahaja pada awalnya memandangkan tiada makluman awal berkenaan Terengganu Monsoon Cup sebelum ini. 

Perancangan pasukan untuk mengadakan latihan Pemantapan Skill (fokus kepada Pusat Latihan Daerah), latihan pusat bagi skuad utama SUKMA Terengganu, kejohanan peringkat Kelayakan serta Kejohanan Tertutup Terengganu

JADUAL DI ATAS HANYALAH PERANCANGAN AWAL SAHAJA DAN TELAH DIUBAH JADUALNYA
JADUAL DI ATAS HANYALAH PERANCANGAN AWAL SAHAJA DAN TELAH DIUBAH JADUALNYA

Perancangan awal seperti di atas ini kemudiaannya terpaksa diolah semula bagi menyesuaiakan dengan acara Terengganu Monsoon Cup yang diwar-warkan kemudiaannya seperti makluman di atas. Pasukan bercadang untuk mengadakan acara terakhir iaitu acara Kejohanan Terengganu Tertutup dan Jemputan pada tarikh yang sama dengan acara Monsoon Cup. Ini bagi memeriahkan dan meramaikan acara Terengganu Monsoon Cup disamping membantu mencapai sasaran awal kerajaan negeri.

makluman kepada pelayar-pelayar serta pegawai pasukan daerah akan dilakukan dari masa ke semasa

Cadangan Awal Acara dan Makluman Balas Penyertaan

Buat masa sekarang pasukan memfokuskan acara semasa Kejohanan Terengganu Tertutup dan Jemputan kepada pelayar-pelayar Terengganu. Memandangkan acara diadakan pada penghujung tahun dan selepas kejohanan kebangsaan maka penyertaan kemungkinan akan sukar diperolehi oleh pasukan luar Terengganu. walaupun begitu kita berharap jika ada pasukan luar ingin memeriahkan acara ini maka kita amatlah menggalakkan.

Kelas Bot yang akan dipertandingkan serta pecahan acara yang dicadangkan adalah seperti berikut:

Kelas Bot Acara Terbuka dan senior
Acara Norvis 
 Optimist

Overall

Under 15

Under 12

Overall

Under 15

Under 12

Under 10

Laser

Laser Overall Handicap

Laser Radial Open

Laser 4.7 Open

Laser Overall Handicap

Laser Radial Open

Laser 4.7 Open

Int 420

Dinghy Open

Dinghy Open

Windsurfing

Bic Techno

Windsurfing Open

Bic Techno @ Windsurf Open


Cadangan acara masih belum tamat dan setiap acara mestilah sekurang-kurang 4 penyertaan jika tidak ianya akan digabung menjadi acara terbuka sahaja.


Acara dan kelas juga adalah cadangan sahaja. 


Saya berharap jika ada pasukan luar yang berminat sila update kepada saya samada melalui email, sms ataupun facebook atau juga melalui comment di bawah:

email: abdulraniidris@gmail.com

facebook: Abdul Rani


SEKALI DIMAKLUMKAN ACARA INI BELUM LAGI 100% PASTI DAN HANYALAH PERANCANGAN AWAL PASUKAN DAN BERGANTUNG KEPADA KELULUSAN DAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU.

SOKONGAN DAN MAKLUMBALAS PENYERTAAN TUAN-TUAN AKAN MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA ACARA INI UNTUK MENJADI REALITI DAN SETERUSNYA MENJADI ACARA TAHUNAN.


SEKIAN 

Write a comment

Comments: 0