KFC-PENANG INTERNATIONAL REGATTA 2016

Date: 26hb Februari hingga 28hb Februari 2016

Venue: PSC, Tg Bungah

Taraf: Kejohanan terbuka dan ranking ke-2, Malaysia ranking Regatta 2016

Kejohanan ranking kedua Malaysia Ranking Regatta bagi tahun 2016 ini telah membuka tirainya dengan angin kelihatan bermula baik bermula awal pagi sehinggalah ke lewat tengahari.

Perlumbaan yang dijadualkan berawal seawal jam 1000am terpaksa ditangguhkan disebabkan kebanyakan pasukan masih tidak bersedia malahan ada pasukan yang lorinya baru sahaja sampai ke tapak pertandingan.

Mungkin adalah baik untuk kejohanan ini pada tahun berikutnya ditambah kepada 4 hari dengan hari pertama khas untuk persediaan bot dan pendaftaran. Ini bagi membolehkan pasukan dapat memohon dengan pengurusan masing-masing supaya lebijh awal 1hari dapat berada di venue.

Pihak pengelola kejohanan telah mengambil keputusan untuk menangguh perlumbaan selepas solat Jumaat.

Keputusan Perlumbaan hari Pertama

Sayang sekali merujuk kepada ramalan cuaca yang angin akan bertukar arah pada awal petang bermula dengan angin mati sekitar jam 1400pm tidak berlaku. Pertembungan  2 angin dari SSW kepada SE berlaku betul-betul di kawasan perlumbaan.... Pertembungan 2 angin ini menyebabkan angin mati dan bertiup tidak menentu serta sangat perlahan. pegawai perlumbaan terpaksa membatalkan perlumbaan bagi kelas Optimist dan lain-lain dinghy. 

 

Hanya kelas windsurfing sahaja dapat berjalan itupun dengan angin yang sangat perlahan. Kebanyakan windsurfers ini tidak dapat menghabiskan perlumbaan samada terperangkap di kawasan tiada angin ataupun kerana telah tamat waktu perlumbaan setelah jauh ditinggalkan oleh pendahulu kelas masing-masing

Hanya 3 pelayar sahaja berupaya menamatkan perlumbaan bagi kelas ini. Firdaus (TLDM) dan Elfee berjaya melintasi garisan tetapi telah melepasi limit hadmasa ditinggalkan oleh Illham melebihi 30 minit

Juga hanya 3 pelayar berupaya menamatkan perlumbaan bagi kelas Bic Techno Lelaki. Pelayar Terengganu Luqman Hakimi berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ke tiga

Hanya 2 pelayar berjaya menamatkan perlumbaan, manakala pelayar lain termasuk Nuur fatin Solehah dari Terengganu terpaksa ditunda balik ke pantai

Tiada penyertaan pelayar Terengganu untuk kelas ini yang dikuasai oleh pelayar TLDM. Juga hanya 3 pelayar berjaya menamatkan perlumbaan

Write a comment

Comments: 0