Merdeka Day Fun Sailing Race 2016

Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 59 kemerdekaan negara kita, T-WinS telah mengadakan satu acara perlumbaan pelayaran berkonsepkan fun race yang tidak mengandungi litar tertentu yang selalu dipertandingkan tetapi lebih kepada demontrasi pelayaran di Teluk Warisan berhadapan dengan Duyong Marina, Pasar Payang, Pulau Warisan dan Seberang Takir-Hulu Takir

Acara mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari pelayar-pelayar baru dan pelapis yang begitu bersemangat untuk turut sama memeriahkan pelayaran merdeka ini.

Seramai 34 pelayar dan 4 pegawai/jurulatih terlibat dalam aktiviti ini walaupun hanya 1 hari sebelum sahaja notis makluman dikeluarkan. 

Keadaan beberapa buah bot yang mengalami kerosakan sana sini menyebabkan beberapa pelayar terpaksa berkongsi bot.

Finally.... 23 bot Optimist telah berjaya berada di air dengan 11 pelayar senior/pelapis dan 12 pelayar novice

Bot Laser pula sebanyak 5 bot Laser 4.7 dan 2 bot Laser Standard

2 windsurfers telah turut sama memeriahkan acara 

Hanya 1 x Int 420 sahaja yang sempat disiapkan memandangkan kelengkapan bot yang masih belum diselesaikan oleh pelayar senior yang balik dari SUKMA 2016


Keputusan

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Write a comment

Comments: 0