Kejohanan Perahu Layar Pelapis Terengganu dan Jemputan EZSail 2016 - UMT Sailing Trials 1/2016-2017

Nama Kejohanan: Kejohanan Perahu Layar Pelapis Terengganu dan Jemputan EZSail 2016 - UMT Sailing Trials 1/2016-2017

Tarikh: 19hb Disember 2016 hingga 22hb Disember 2016

Venue: Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

Tahap: Pertandingan Dalam Negeri dan Jemputan

JEMPUTAN

TWiNS: Terengganu Windsurfing and Sailing dengan ini secara resminya ingin menjemput semua pelayar, kelab  dan persatuan pelayaran dan semua warga pelayaran untuk acara penutup kejohanan perahu layar di Negeri Terengganu seperti nama dan tajuk di atas.

Tujuan

  1. Aktiviti pelayaran bagi peringkat akar umbi untuk mengembangkan sukan pelayaran di negeri Terengganu khasnya dan Malaysia amnya.
  2. Memastikan kesinambungan bulan Disember yang pernah digelar bulan pelayaran Terengganu sempena kejohanan Monsoon Cup beberapa tahun dahulu berjalan dengan beberapa aktiviti sukan pelayaran yang telah diatur bersama sebelum kejohanan ini.
  3. Kesinambungan dari proses mencari bakat baru/pelapis bagi negeri Terengganu yang bermula sejak bulan September 2016.
  4. Jemputan kepada warga pelayaran luar Terengganu dibuat supaya acara ini mampu diperkembangkan dengan penyertaan peserta luar, mempromosikan sukan pelayaran negeri Terengganu, memberi peluang kepada peserta luar untuk sama-sama mengujidan menilai tahap pasukan masing-masing tterutamanya melibatkan pelayarPelapis. 
  5. Usaha mewujudkan kejohanan antara zon yang pernah diwar-warkan oleh Persatuan kebangsaan MSA suatu ketika dahulu dan juga pernah diusulkan oleh MSSM

Acara dan Acara Sampingan

Sempena dengan acara ini juga diadakan 2 acara terlebih dahulu bermula pada awal Disember kesinambungan dari Program Mencari Juara Sailing dan juga bersempena dengan Bulan Pelayaran Terengganu. Acara di atur adalah:

  1. Kem Asas Windsurfing dan Crew Int 420 (Perempuan sahaja): bermula dari 07hb Disember hingga 10hb Disember.
  2. Kem PemantapanSkill Asas + Talent Identification: bermulla dari 12hb Disember hingga 18hb Disember.
  3. Kejohanan Perahu layar Pelapis Terengganu dan Jemputan EZSail 2016 - UMT Sailing Trial 1/2016-2017

Jadual Aktiviti

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Sebanyak 12 perlumbaan dijadualkan dengan tiada minima perlumbaan untuk setiap hari pertandingan kecuali pada hari terakhir hanya 1 x medal race sahaja yang dijadualkan
  2. Setiap pasukan bebas untuk menghantar peserta mereka, tiada limit penyertaan di tetapkan kecuali had limit umur bagi setiap pecahan kategori akan ditetapkan seperti di notis pertandingan para kelas bot dan kategori

 

Kelas Bot dan kategori di Pertandingkan serta kelayakan

Semua kelas SUKMA akan dipertandingkan dengan pindaan-pindaan kategori seperti di jadual.

 

Untuk tujuan kelayakan bagi setiap kategori:

1. Senior: pelayar kebangsaan atau bekas pelayar kebangsaan serta pelayar SUKMA dalam kelas disertainya

2. Pelapis: Pelayar yang belum beraksi pada kejohanan SUKMA dalam kelas yang disertainya dan juga bukan pelayar kebangsaan atau bekas pelayar kebangsaan.

3. Norvis: Pelayar baru yang kurang dari 3 bulan terlibat dengan sukan perahu layar

4. Manakala bagi kelas Int 420, Mentoring bermakna hanya 1 pelayar sahaja dibenarkan dari pelayar senior manakala pasangannya adalah pelayar pelapis ataupun norvis.

 

Borang penyertaan awal hendaklah diserahkan awal sebelum 10hb Disember 2016 melalui email: abdulraniidris@gmail.com. Borang boleh didapati di Notis Pertandingan 

Pendaftaran resmi hendaklah dilakukan melalui borang pendaftaran resmi bersama dengan yuran penyertaan pada pagi pendaftaran seperti dijadual.

 

 

Yuran Pendaftaran

Yuran Pendaftaran sebanyak RM20.00 seorang hendaklah dibayar bersama dengan borang pendaftaran. Subsidi seperti berikut akan diberikan:

  1. Bayaran RM15 untuk pelayar dari Zon Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan pantai Timur Johor)
  2. Bayaran RM 10 untuk pelayar dari negeri Terengganu.
  3. Tiada bayaran dikenakan bagi pelayar Terengganu yang terpilih untuk Kem Pemantapan Skill Asas Pelayaran (12-18hb Disember)

Hadiah

Medal akan diberikan kepada setiap pemenang seperti berikut: 

Notis Jemputan

Write a comment

Comments: 3
  • #1

    Carissa Tollett (Wednesday, 01 February 2017)


    Fantastic goods from you, man. I've take note your stuff prior to and you're just extremely magnificent. I actually like what you've bought right here, really like what you're stating and the best way during which you assert it. You are making it enjoyable and you still care for to keep it smart. I can't wait to learn far more from you. That is really a great web site.

  • #2

    Mui Yarber (Wednesday, 01 February 2017 16:20)


    The other day, while I was at work, my sister stole my iphone and tested to see if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a youtube sensation. My apple ipad is now broken and she has 83 views. I know this is completely off topic but I had to share it with someone!

  • #3

    Tam Struck (Friday, 03 February 2017 10:12)


    Somebody necessarily help to make critically articles I might state. This is the first time I frequented your web page and thus far? I amazed with the research you made to create this particular publish amazing. Great process!