Klinik Pengenalan Kepada Pelayaran Windsurfing

Pengenalan

Persatuan Luncur Layar Terengganu (TWSA) di bawah naungan Persatuan Luncur Layar Malaysia (MWSA) akan menganjurkan satu klinik untuk mengembangkan sukan pelayaran windsurfing di Malaysia.

Klinik yang dikhaskan bagi peserta perempuan sahaja bertujuan untuk mempromosikan sukan windsurfing kepada peserta wanita dengan mengenengahkan yang sukan windsurfing juga popular di kalangan wanita yang tampak masih belum begitu menonjol bukan sahaja di negeri Terengganu malahan juga di Malaysia secara umumnya

Maklumat Klinik

Nama Aktiviti: Klinik Pengenalan kepada Pelayaran Windsurfing

Tarikh: 15hb Julai hingga 20hb Julai

Venue: Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Klinik ini juga bertujuan untuk mencari atlet bagi Program Penyediaan SUKMA negeri Terengganu. Klinik ini juga juga terbuka kepada mana-mana negeri yang berminat

Yuran dan Pendaftaran

Yuran sebanyak RM60 ringgit dikenakan bagi peserta dari negeri Terengganu, manakala bagi peserta luar negeri Terengganu Yuran sebanyak RM120 dikenakan.

 

Bagi tujuan menggalakkan dan mempromosikan sukan ini dikalangan peserta perempuan anak Terengganu tiada yuran dikenakan kepada peserta perempuan dari Terengganu yang berusia 15tahun hinggalah 20tahun (lahir pada tahun 1997 hingga 2002)

 

Yuran Pendaftaran di atas adalah tidak termasuk Penginapan dan makan. Bayaran tambahan dikenakan seperti berikut:

RM 120 dikenakan bagi penginapan dan

RM120 lagi juga dikenakan bagi makanan sepanjang klinik 

Peserta mempunyai pilihan samada memerlukan penginapan atau makan apda sepanjang klinik ini.

Tarikh Tutup Penyertaan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10hb Julai 2017

Ini bagi membolehkan pihak kami melakukan persiapan awal terutama bagi yang ingin mendapatkan makan dan penginapan

Walaupun begitu tarikh tutup penyertaan masih terbuka bagi sesiapa yang hanya ingin mengikuti klinik tanpa memerlukan persediaan penginapan dan makan sehinggalah ke pagi hari pendaftaran 15hb Julai 2017.

Jadual Klinik

Klinik bermula pada 15hb Julai dengan pendaftaran awal disediakan bersama dengan penginapan bagi peserta yang datang dari luar Terengganu mulai 14hb Julai.

Jadual adalah seperti berikut

Notis Panggilan/Tawaran

Bersama ini disertakan notis untuk Kursus ini bersama dengan Borang pendaftaran:

Click hujung kanan untuk besarkan di muka baru dan untuk download


Write a comment

Comments: 1
  • #1

    Abdul Rani Idris (Saturday, 08 July 2017 20:17)

    Lagi 2 hari tarikh tutup.
    Sehingga kini hanya mendapat response dari
    1. Persatuan Pelayaran Selangor: 2 orang
    2. UMT: 12 orang
    3. Setiu, SMK Penarik: 6 orang
    4. Unisza: 01 orang