KOLEKSI CORETAN TEMASYA SUKAN ASIA#2

TEMASYA SUKAN ASIA BERMULA

Obor sudah dinyalakan dari gunung berapi, semangat Sukan Asia 2018 membara!

 

Ian Johan Ariff, Astro Awani |  Ogos 18, 2018 23:11 MYT

Obor sudah dinyalakan dari gunung berapi, semangat Sukan Asia 2018 membara!
Kontinjen Malaysia berarak masuk dengan megah ke tengah Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sempena upacara pembukaan Sukan Asia 2018. - Bernama
UPACARA pembukaan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berlangsung dengan penuh gemilang di Stadium Gelora Bung Karno dalam suasana penuh warna-warni dan juga tradisi negara tuan rumah Indonesia.

Kontinjen 115 atlet dan pegawai Malaysia berarak masuk ke tengah stadium dengan megah dan ia diketuai Shakila Salni Jefry Krishnan yang membawa Jalur Gemilang.

Kali ini, sejumlah 45 kontinjen negara bertanding dalam temasya pelbagai acara sukan kedua terbesar selepas Olimpik itu.

Write a comment

Comments: 0