PENCARIAN BAKAT BARU SUKAN PELAYARAN NEGERI TERENGGANU

USAHA PENCARIAN BAKAT BARU AKAN DILAKUKAN SECARA LEBIH PROGRESIF SEBAIK SAHAJA SELEPAS TAMAT SAHAJA KEJOHANAN DWI TAHUNAN SUKAN MALAYSIA; SUKMA 2018, PERAK YANG AKAN MELABUHKAN TIRAINYA PADA 22HB SEPTEMBER INI. 

 

KITA AKAN MENAWARKAN TEMPAT UNTUK MENGIKUTI KURSUS PELAYARAN YANG MENGANDUNGI MINIMA 8 SESI KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH/INSITUSI-INSTITUSI BERMINAT.

 

WALAUPUN BEGITU T-WinS DALAM MASA YANG SAMA TETAP MENERIMA DAN MEMBUKA PENYERTAAN SECARA INDIVIDU BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENCUBA SUKAN INI BAIK UNTUK DIRI SENNDIRI MAHUPUN UNTUK ANAK-ANAK PELAYAR.

 

HUBUNGI KAMI JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN ATAU KEMUSYKILAN MELALUI LINK BUTTON DI BAWAH ATAU BOLEH MENGHUBUNGI CONTACT PERSON BERIKUT:

ABDUL RANI BIN IDRIS: KETUA JURULATIH SUKAN PELAYARAN NEGERI TERENGGANU

TEL: +6012 5296850
EMAIL: abdulraniidris@gmail.com

FB/MESSANGER: Abdul Rani Idris

CADANGAN JADUAL PROGRAM PENCARIAN BAKAT

JADUAL UNTUK MY TRY LAYAR

 

BAGI OPEN MY TRY-LAYAR PROGRAM INI TERBUKA KEPADA SEMUA HAD LIMIT UMUR DENGAN KADAR

  • BAYARAN RM 30.00 DIKENAKAN BAGI SETIAP SESI.
  • SETIAP SESI LATIHAN MINIMA 2 JAM HINGGA KE- 4JAM
  • MASA SESI ATAS KELAPANGAN SETIAP PEMOHON/PESERTA
  • LAPAN SESI DI CADANGKAN BAGI MEMBOLEHKAN SETIAP PESERTA MENDAPATKAN KEMAHIRAN PELAYARAN SECARA BERSENDIRIAN DAN SELAMAT BAGI KEADAAN ANGIN PERLAHAN SEKITAR 8-10KTS.

BAGI PROGRAM IPT BAYARAN SEBANYAK RM30 SEORANG DIKENAKAN BAGI KESELURUHAN PROGRAM

BAGI PROGRAM SEKOLAH DAN IPT BAYARAN AKAN DITENTUKAN MENGIKUT KESELURUHAN SESI.

 

PENCARIAN BAKAT BARU KELAS OPTIMIST

Pencarian bakat baru bagi kelas Optimist akan menumpukan kepada pelajar sekolah rendah. Tumpuan khas akan diberikan kepada pelajar perempuan...ini memandangkan pasukan mempunyai penyertaan yang amat rendah bagi kategori ini.

 

Walaupun begitu pengambilan bagi sekolah menengah terutama atlet perempuan berusia 13 tahun juga akan diterima...bergantung kepada saiz badan pelajar

Peluang

Bagi kelas Optimist peluang untuk beraksi di kejohanan SUKMA 2020 adalah cerah kerana sehingga kini belum ada atlet berpotensi bagi acara ini.

 

Bagi kategori lelaki persaingan akan menjadi lebih sengit kerana terdapat beberapa pesaing hebat yang telah berada dalam program pembangunan berterusan pasukan

 

Walaupun begitu peuang masih terbuka bagi atlet bertukar ke kelas lain terutamanya windsurfing Bic Techno, selain itu kelas Laser (Laser 4.7/Radial) dan juga International 420

PENCARIAN BAKAT BARU KELAS WINDSURFING BIC TECHNO

Pasukan juga akan memmfokuskan kepada kelas windsurfing Bic Techno. Sasaran adalah kepada atlet sekolah menengah berusia 15 tahun dan ke bawah (Ting 1 hingga Ting 3).

 

Untuk makluman terutamanya bagi kelas Bic Techno lelaki pasukan Terengganu masih belum mempunyai atlet berpotensi bagi acara ini. 

 

Peluang

Kelas ini mempunyai peluang yang cerah bagi mewakili SUKMA 2020 ataupun setidak-tidaknya berada dalam pasukan utama program  SUKMA 2020

PENCARIAN BAKAT BARU KELAS SINGLE HANDED DINGHY (LASER) DAN DOUBLE HANDED DINGHY (INT 420)

Peluang diberi kepada pelajar-pelajar lain untuk mencuba sukan pelayaran ini dan seterusnya jika berminat boleh meneruskan menjalani latihan bersama dalam program pembangunan pelapis negeri Terengganu. 

 

Persaingan bagi kelas ini agak sukar bagi pelayar pelajar baru kerana terdapat ramai bekas pelayar Optimist yang lebih berpengalaman selalunya akan menguasai kelas ini.

 

Tetapi walau pun begitu peluang tetap ada bagi yang berpotensi dan mempunyai saiz badan yang bersesuaian terutamnya sebagai tugasan crew

ANDA BERPELUANG MENJADI SEPERTI MEREKA

Footage 2011: Kini kedua mereka Abdul Latif dan Safares telah menjadi pelayar utama negeri Terengganu dan telah berjaya menempa nama di kejohanan-kejohanan tempat dan luar negara

Write a comment

Comments: 0