My Try Layar 2018

Program My-Try Layar 2018 telah mula melayarkan langkah pencarian jaguh perahu layar negeri Terengganu bagi persediaan menghadapi acara dwi-tahunan SUKMA 2020 yang akan berlangsung di Johor nanti.

 

SUKMA 2018 merupakan kejayaan cemerlang pasukan perahu layar dengan mengungguli acara pelayaran dengan 8 pingat emas dan 3 perak berjaya membantu negeri Terengganu merampas semula juara keseluruhan SUKMA dalam misi "Win Back Mission".

 

Berbekalkan misi untuk mempertahankan juara keseluruhan SUKMA bagi sukan pelayaran maka pasukan memulakan kempen pencarian jaguh ini seawal mungkin sebaik SUKMA 2018 melabuhkan sauhnya.

 

Pencarian akan mensasarkan terutamanya bagi kelas Optimist dan juga windsurfing Bic Techno. Walaupun begitu acara bagi kelas-kelas juga akan dilakukan bersama

Maklumat Program

Tarikh Program: bermula dari 15hb hingga 31hb Oktober

Taklimat kepada penjaga/waris & peserta: Jumaat, 19hb Oktober dan 26hb Oktober

Venue: semua aktiviti akan bertempat di pusat Latihan Perahu layar negeri Terengganu di Duyong Marina Resort.
Waktu pendaftaran bermula dari jam 0830 hingga jam 1000am pada setiap tarikh (19hb atau 26hb Oktober)

 

Cadangan jadual Pasukan Perahu Layar Terengganu untuk pelayar Senior/Pelapis dan juga Novis
Cadangan jadual Pasukan Perahu Layar Terengganu untuk pelayar Senior/Pelapis dan juga Novis

Program ini akan berterusan dengan My Try Layar More sehinggalah 15hb Nov

 

Sesi latihan: sebanyak 10 hari sesi latihan akan diadakan diwajibkan sebelum pelayar layak menerima sijil Keterampilan Pengendalian Kemahiran Asas Pelayaran.

 

Yuran: Tiada yuran dikenakan untuk dua (2) hari sesi mula dan bayaran RM10.00 akan dikenakan untuk setiap hari sesi latihan seterusnya sehingga sesi hari ke-10.

 

Pelayar yang mengikuti 10 sesi latihan dan berkemampuan mengendalikan sendiri bot layar Optimist akan layak untuk menyertai Kejohanan Tertutup Novis Terengganu dan top 3 setiap kategori menyertai Kejohanan Invitation TMC Sailing GP 2018

Kejohanan Terengganu Tertutup Novis: 17hb hingga 20hb Nov 2018

Kejohanan Invitation TMC Sailing GP 2018: 22hb hingga 25hb Nov 2018

 

Dapatkan maklumat lengkap serta borang pendaftaran melalui brosur notis dibawah.

Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan email ke:

abdulraniidris@gmail.com

Print borang berisi, bawa semasa anda mendaftar

Kelas Bot Sasaran

Kelas bot Optimist

Kelas ini adalah kelas asas pelayaran bagi pelajar sekolah terutama untuk sekolah rendah

Pencarian untuk kelas bot Optimist ini terbuka kepada pelajar Tingkatan 1 (13tahun) dan ke bawah.

Keutamaan akan diberikan kepada pelayar perempuan

Pasukan masih ketandusan atlet perempuan. 

 

Kelas Bot: Windsurfing

Kelas ini juga merupakan kelas pembangunan asas pelayaran bagi kelas-kelas windsurf. 

Kelas Bic Techno masih mencari beberapa orang pelayar perempuan serta lelaki

Kelas ini juga merupakan kelas yang lebih mudah untuk melayakkan atlet ke dalam pasukan 

Lain-lain Kelas Bot


BORANG PERNYATAAN MINAT

Borang ini bukanlah borang penyertaan tetapi adalah borang yang menyatakan anda berminat untuk menyertai program ini. Melalui maklumbalas borang ini sebarang maklumat terkini terutama berkenaan dengan perubahan jadual dan aktiviti tambahan akan disalurkan kepada anda 

Note: Please fill out the fields marked with an asterisk.


Sila download dan print borang di bawah untuk pengisian borang pendaftaran dan akuan penjaga lengkap. Bawa borang ini semasa mendaftar.

Peluang belayar untuk ibu-bapa/penjaga

 

Booking tempat anda untuk merasai pelayaran bot kecil buat kali percuma. Free Joy Ride tanpa bayaran dengan syarat anda mempunyai anak/jagaan anda dalam aktiviti program pelayaran. 

Seperti dinyatakan tempat adalah terhad jadi tempah sekarang:

Tarikh: 19hb Oktober dan 26hb Oktober

Masa: sepanjang hari (waktu akan dimaklumkan mengikut bilangan peserta)

Write a comment

Comments: 0