My Try Layar 2018: Aktiviti Harian 19 Oktober 2018

Program My Try Layar 2018 telah dengan resminya bermula pada pagi Jumaat 19hb Oktober 2018.
Bermula dengan cuaca yang amat baik setelah semalaman hujan menhujani bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Kira-kira seramai 32 pelayar telah berdaftar untuk sesi pendaftaran. Pengukuran tinggi dan berat dilakukan bersama pendaftaran pelajar.

Kira-kira 13 pelajar perempuan dan selebihnya 19 pelajar lelaki telah hadir untuk sesi resmi kali pertama ini.

Rata-rata pelajar yang datang untuk sesi ini adalah dari Pulau Duyong. Maklumat kehadiran mengikut sekolah:

Sek Men Bukit Tunggal: 1 orang lelaki

Sek Keb Tok Jiring: 1 orang perempuan

Sek Keb Bukit Besar: 1 orang lelaki

SK Ladang: 1 orang lelaki
SK Pulau Duyong: 11 perempuan dan 15 lelaki 

Taklimat kepada penjaga dilakukan sebaik tamat sesi pendaftaran, menerangkan berkenaaan tujuan dan objektif program dan juga perjalanan program ini sehinggalah ke hujung tahun. 

 

Taklimat kepada pelayar dengan teori asas pengenalan kepada sukan pelayaran terus diadakan selepas itu 

Latihan Sesi Petang

Sesi diteruskan selepas rehat untuk makan tengahari dan solat Jumaat dengan peserta diberi tunjuk ajar dan melakukan praktikal persediaan bot dan juga pemasangan layar

Pelajar terus melakukan aktiviti latihan di air untuk sesi "joy ride" dengan dibantu oleh pelayar senior pelapis untuk merasai dan mengetahui asas pergerakan dan pengawalan bot layar

Sesi dijalankan bersama dengan sesi "water confidence" di tepi pantai tempat menurunkan bot.

Sesi latihan harian berakhir dengan sesi taklimat ulasan yang dilakukan selepas cucian dan penyimpanan peralatan dilakukan.

Sesi akan bersambung besok Sabtu, 20hb Oktober 2018

 

Write a comment

Comments: 0