My Try Layar 2018: Aktiviti Harian 20hb Oktober 2018

Sesi hari kedua juga berjalan lancar dengan bermulanya pelayar memulakan aktiviti dengan beratur pagi mendengar taklimat ringkas dari jurulatih Coach Hamdan dan Coach Tengku Khairudeen.

Hari Kedua Sesi Pagi

Siap taklimat dengan dipimpin oleh pelayar senior atlet melakukan senaman ringan dan stretching

Boat Preparation - Siap sedia untuk ke air

Persediaan untuk ke air dengan pelayar mulai merasai kesibukan menyediakan layar dan bot masing-masing. Limit peralatan yang ada menyebabkan pelayar terpaksa dipecahkan kepada beberapa pelajar bagi 1 bot. Walaupun begitu ianya merupakan satu inisiatif yang baik kepada pelajar-pelajar cilik ini memudah dan meringankan beban bagi mereka berbanding 1 bot seorang

Asas Pengendalian Bot Layar - 1 st trial

Kehadiran yang menggalakkan seramai 33 orang menyebabkan sesi di air terpaksa berjalan bagi kedua-dua sesi pagi dan petang. Sesi berjalan lancar dalam keadaan angin yang perlahan sesuai bagi pelayar-pelayar baru. 
Kesemua pelayar dapat merasai mengendalikan bot layar buat kali pertamanya dan mulai memahami fungsi setiap bahagian utama yang menggerakkan bot layar

Pelayar juga mencuba melayari board windsurfing semasa proses penggantian pelayar dan sebahagian dari pelayar melakukan praktikal ikatan-ikatan yang penting digunakan dalam sukan pelayaran

Write a comment

Comments: 0