My Try Layar 2018; Aktiviti 26hb dan 27hb Okt 2018

Latihan berjalan seperti yang dirancang. Pertambahan pelayar baru berlaku sepanjang minggu sehingga kini menjadi 56 orang semuanya, tetapi dalam masa yang sama juga terdapat beberapa pelajar telah menarik diri.

Taklimat sekali lagi diadakan untuk ibu-bapa terutamanya yang baru mendaftar pada pagi Jumaat 26hb Oktober. Perjalanan kursus serta maklumbalas penyertaan berserta dengan perjalanan aktiviti program pada minggu lepas diterangkan serba ringkas kepada yang hadir

Dengan keadaan ketiadaaan angin pada awal pagi jurulatih melakukan latihan pemasangan dan juga praktikal serta demontrasi ikatan telah dilakukan

Selain itu beberapa pelajar dari UMT juga turut serta menjalani latihan pada kedua-dua hari Jumaat dan Sabtu dengan menggunakan 4 buah bot Laser dan juga Laser Stratos

Write a comment

Comments: 0