My Try Layar 2018: Aktiviti Minggu ke-3 (29hb hingga 31hb Oct 2018)

Latihan berjalan dengan beberapa pelayar menunjukkan kesungguhan dengan kehadiran pada setiap hari mulai Isnin hingga Khamisnya.
Seperti biasa latihan resmi untuk pelajar Lelaki adalah pada hari Selasa dan Perempuan pada hari Khamis. Walaupun begitu mulai hari Isnin dan Rabu tetap ada kehadiran dan latihan berjalan dengan baik. Kemudahan peralatan latihan juga semakin baik dan dikemaskini

Latihan pada Isnin 29hb Oktober

Angin bertiup perlahan pada hari ini dan kehadiran pelayar sedikit kurang dengan latihan berjaya dilakukan dengan fokus dan penumpuan untuk mengawal kelajuan bot terhadap pengawalan layar dan juga pengawalan rudder terhadap arah pergerakan bot.

Latihan pada Selasa 30hb Oktober

Keadaan angin yang agak kuat melebihi 12kts pada kebanyakan masa pada awal petang menyebabkan latihan tidak dapat dijalankan pada awal petang Selasa 30hb Oktober. Keadaan angin  yang agak kuat ini diambil peluang dengan melakukan latihan wind awareness terhadap pelayar dengan mereka menggunakan deria rasa untuk merasai angin dalam menentukan arah angin. Juga dilakukan semula persiapan bot supaya pelayar mengingati cara-cara menyediakan bot yang betul.

Sebaik angin sedikit perlahan tetapi masih kuat pelayar melakukan persiapan bot dan menjalani latihan beberapa pelayar berjaya melakukan pelayaran dengan agak baik dan akhirnya 2 pelayar mampu belayar mengikut Aqil dan Megat yang merupakan pelayar senior

Beberapa pelayar windsurf juga turut hadir menjalani latihan dengan pertambahan beberapa pelayar turut berlaku

Latihan pada Hari Rabu 31hb Oktober

Angin bertiup perlahan sekitar 6 ke 7 kts yang juga agak sesuai untuk latihan, dengan kehadiran yang agak ramai pelayar pad hari ini walaupun bukan hari latihan resmi

Semua pelayar dapat merasai membawa bot dengan kebanyakan sudah asas untuk mengawal bot dalam keadaan reaching. Walaupun begitu pengawalan masih lemah dan terdapat banyak kesalahan semasa melakukan boat handling

Antara kelemahan paling ketara bagi kebanyakan pelayar adalah masih mengawal bot dalam keadaan "No Go Zone" dengan layar flapping menyebabkan bot tidak dapat bergerak

Write a comment

Comments: 0