My Try Layar 2018: My Try More

Program My Try Layar telah memasuki ke bulan November dengan mencatatkan pendaftaran seramai kira-kira 66 orang. 

Walaupun begitu ada beberapa pelayar telah menarik diri selepas 2 sesi pengenalan My Try diadakan.

 

Pendaftaran mengikut sekolah:

1. SK Bukit Bayas: 02 orang
2. SK Duyong: 38 orang
3. SK Bukit Tumboh: 07 orang
4. SK Ladang: 01 orang
5. SK Pusat Bukit Besar: 02 orang

6. SK Sultan Sulaiman II: 02 orang
7. SK Teluk Ketapang: 01 orang

8. SK Tok Jiring: 02 orang

9. SK Seberang Takir: 01 orang
10. SMK Bukit Tunggal: 09 orang
11. SMK Ibrahimj Fikri: 02 orang
12. SMK Kompleks Seberang Takir: 01 orang

 

Kini pelayar telah memasuki fasa kedua dalam Program My Layar dengan My Try Layar More dimana pelayar akan diserapkan teknik yang lebih kemas terhadap pengendalian asas pelayaran

Pelayar-pelayar ini akan dilatih bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam kejohanan Tertutup Terengganu bagi kategori norvis sebelum beberapa pelayar yang terpilih melalui kejohanan ini akan mengambil bahagian dalam Kejohanan TMC Sailing GP 2018

Aktiviti Latihan pada Khamis, 01hb Nov 2018

Latihan bermula mengikut jadual yang dirancang dengan latihan yang untuk kumpulan pelayar perempuan

Latihan dijalankan dalam keadaan ketiadaan angin pada kebanyakan masa. Walaupun begitu pelayar nampak gembira dan semua pelayar dapat melayarkan bot 

Aktiviti Latihan pada Jumaat, 02hb Nov 2018

Sebaliknya pada hari Jumaat latihan untuk semua pelayar bermula dengan keadaan angin yang sedikit kuat dan menjadi lebih kuat pada awal petang selepas solat Jumaat dengan kehadiran awan hitam semasa latihan berjalan 

Latihan bermula pada awal pagi dengan latihan fizikal ringan sebelum atlet melakukan persiapan layar

Latihan di air pada sebelah pagi sebelum solat Jumaat telah dilakukan untuk pelayar-pelayar berusia 8 tahun dan ke bawah sahaja. Terdapat ibu-bapa beberapa pelayar turut turun ke air bagi membantu meyakinkan anak masing-masing melakukan latihan pelayaran. Angin sedikit kuat sekitar 7-8kts sedikit menyukarkan latihan.

Latihan di air pada sesi petang selepas solat Jumaat hanya dapat berjalan kira-kira 1 jaqm sahaja dimana selepas itu angin kuat memasuki kawasan latihan menyebabkan aktiviti terpaksa dibatalkan dan pelayar diarahkan balik mendarat ke pantai. Angin kuat ini menyebabkan beberapa bot mengalami kerosakan

Latihan pada Sabtu, 03hb November 2018

Hujan turun pada sepanjang awal pagi dan pelayar melakukan melakukan taklimat asas dan juga pemasangan layar. 

Ketiadaan angin sele4pas hujan dengan keadaan air seperti cermain membolehkan kerja-kerja pembaikan asas bot-bot pelayar seta penambahan bot dapat dijalankan dimana dari 7 bot sebelum ini menjadi 11 bot telah dikhaskan kepada pelayar baru ini. 

 

Latihan di air dijalankan sekitar jam 3 petang dalam keadaan angin mulai ada sekitar 3 ke 4kts dan angin kemudiaannya meningkat kepada sedikit baik 4-5kts pada sepanjang petang.
Seramai 7 orang telah didapati dapat melakukan pelayaran ke semua arah pelayaran asas dengan agak baik. Kesemua mereka dapat belayar close hauled, reaching dan running dengan hanya sedikit tunjukajar yang diberikan

Write a comment

Comments: 0