My Try Layar More: Musim basah bermula, Latihan Maju Terus

Minggu pertama bulan November hujuan mulai turun hampir sepanjang hari. Setelah latihan dapat berjalan lancar sepanjang hujung minggu 2 & 3 hb Nov; latihan pada hari Isnin, 05hb dan Selasa, 06hb hujan telah turun sepanjang hari bermula dari pagi sehingga ke petang

Latihan pada Isnin 05hb November dikhaskan untuk pelayar perempuan sahaja, walaupun begitu ianya turut disertai oleh pelayar pelapis Optimist. Latihan dijalankan dalam keadaan hujan rintik-rintik dengan sedikit angin sekitar 2-4kts sebelum ianya terpaksa dibatalkan akibat dari hujan yang turun bersama dengan guruh

 

 

Pelayar Pelapis yang turut serta

Manakala pada Selasa, 06hb Nov pula atlet lelaki Program My Try Layar 2018 menjalani latihan. Sama seperti hari sebelumnya hujan turun pada sepanjang hari sehinggalah atlet turun ke air. Hujan berhenti pada masa latihan dijalankan dan ini memberikan lebih masa kepada atlet menjalani latihan iaitu kira-kira dua jam latihan. Latihan tetap dijaankan walaupun dalam keadaan hampir-hampir tiada angin pada kebanyakan masa latihan.

Latihan juga turut disertai oleh pelayar pelapis yang agak baru dan dibantu oleh pelayar yang lebih senior dalam kelas ini (Megat & Aqil)

Write a comment

Comments: 0