Projek Pembersihan Pantai DMR Jabatan Parit dan Saliran (JPS)

Day 1: Isnin; 15hb April 

Kerja-kerja pembersihan dan mencantikkan pantai bersempena dengan persediaan aktiviti sukan air keluarga tuanku sultan.

 

Projek perataan tebing, mencantik  dan membuang sampah sarap menyebabkan ramp laluan sebelah port ramp telah pecah

Dalam masa yang sama tebing yang tinggi di antara ramp yang terdapat banyak batu-batuan berserta beberapa pokok serta tebing agak tinggi telah dibersih, tetapi tidak diratakan dengan sempurna.

Day 2: Selasa, 16hb April 2019

Perbincangan telah diadakan untuk beberapa kerja penambahbaikan supaya pasukan dapat kemudiaannya melakukan baik pulih dengan lebih baik dan dalam masa yang sama bercadang untuk menyatukan port & starboard ramp menjadi lebih besar.
Kerjasama yang baik telah diberikan oleh wakil JPS dan kerja-kerja dilakukan sepanjang hari selain kawasan ramp juga sepanjang pantai

Selain itu kawasan-kawasan pantai di kiri ramp telah dilakukan pembersihan dan penambakan pantai untuk memberikan kawasan berpantai dengan lebih landai

Kawasan di bawah pokok daun baru juga telah dilakukan pembersihan, proses meratakan kawasan bawah pokok masih giat dijalankan dan mungkin akan diterangkan

Kelihatan juga kerja-kerja penandaan dan pengorekan pasir berlaku di sebelah Hulu Takir

Penambakan pasir ke dalam lubang-lubang (bunker) yang terdapat di kawasan tersebut juga telah dilakukan, masih terdapat beberapa lubang belum di timbus disebabkan kedudukan bot-bot Optimist kemungkinan menghalang kerja-kerja dari dilakukan

Selain itu bot-bot layar masih perlu dilakukan penyusunan semula dan kelihatan tidak kemas serta menghalang laluan kerja-kerja dari dilakukan

Day 3: Rabu, 17hb April 2019