Kejohanan Sukan Pelayaran MSSM 2019 Acara Penaja

Kejohanan Sukan Pelayaran MSSM  2019 membuka tirai dengan acara penaja berlangsung pada hari ini.
Keadaan cuaca dan angin yang tidak menentu menyebabkan perlumbaan terpaksa dimulakan sedikit lewat. Pelayar mula turun sekitar jam 11.45 am
Keadaan angin dan cuaca yang sedikit buruk juga menyebabkan perlumbaan bagi acara individu tidak dapat diteruskan dan hanya kelas Laser Radial dan kelas laser 4.7 sahaja yang dapat dijalankan bagi acara individu

Sebanyak 5 acara dipertandingkan bagi acara individu Penaja ini iaitu Laser Radial, Laser 4.7, Bic Techno, Optimist Bawah 15 dan Optimist Bawah 12.
Pasukan Terengganu telah beraksi cemerlang pada hari pertama ini dengan berjaya memungut 2 emas melalui adik Muhammad Fikri Aqil dalam acara Optimist bawah 12. Acara ini menerima kira-kira 67 penyertaan pelayar

Manakala 1 lagi pingat emas dimenangi oleh adik Muhamad Izzuddin Abdul Rani bagi acara Laser Radial yang turut disertai oleh 27 pelayar lain bagi setiap pasukan negeri yang mengambil bahagian

Selain Terengganu pasukan lain yang turut memenangi emas dengan masing-masing 1 emas adalah:
Selangor melalui acara Laser 4.7, Perak melalui acara Bic Techno dan Negeri Sembilan melalui acara Optimist Bawah 15 tahun.

 

Pemenang-pemang pingat

Acara Emas Perak Gangsa
 Laser Radial  Terengganu Selangor Johor
Laser 4.7 Selangor  Pulau Pinang Sabah
Bic Techno Perak  Melaka Pulau Pinang
Optimist U15 Negeri Sembilan Sabah Kedah
Optimist U12 Terengganu Kedah Kedah

Rangkuman bagi hari pertama kejohanan 

Ikuti perkembangan kejohanan acara penaja dari blog resmi kejohanan: https://perahulayarmssm2019.blogspot.com/2019/08/race-penaja-dan-individu-mengikut.html

Write a comment

Comments: 0