Pesta Sukan Dinghy Regatta 2019: Sorotan Kejohanan dan Pencapaian TWiNS

Pesta Sukan Dinghy Regatta 2019 melabuhkan tirainya pada hari ini dengan keadaan angin yang sidikit tidak konsisten arahya tetapi dalam keadaan kekuatan angin yang baik

Kejohanan tahunan yang berlangsung di Pusat Pelayaran Kebangsaan Singapura (NSC, Singapore) juga melibatkan beberapa sukan lain (multi sport event) di seluruh Singapura bermula pada Jumaat 04hb Ogos. 

Kejohanan selama tiga hari ini melibatkan 5 kelas utama setelah beberapa kelas lain terpaksa dibatalkan kerana kurang penyertaan. Kelas yang dipertandingkan pada tahun ini adalah:

  1. Optimist Gold Fleet
  2. Optimist Silver Fleet
  3. Laser Standard
  4. Laser Radial
  5. Laser 4.7 dan
  6. Windsurfing Bic Techno

Penyertaan yang menarik diterima dari kelas Optimist dan juga Laser 4.7 menunjukkan program pembangunan (development Class) begitu dan masih progresif berlaku di Singapura.

Pasukan TWiNS Terengganu merupakan wakil tunggal dari Malaysia telah menghantar 3 atlet dan 2 pegawai bagi menyertai 3 acara kelas bot melibatkan kelas Laser 4.7, Laser Radial dan kelas Windsurfing Bic Techno.  
Link: senarai atlet Terengganu: https://www.msiasailing.org/2019/08/01/kejohanan-perahu-layar-mssm-pesta-sukan-dinghy-regatta-2019/
Selain itu pasukan negara luar yang terlibat adalah Hong Kong, Cambodia, Canada dan Australia

Pencapaian Kelas Windsurfing Bic Techno

Gambar ihsan Singapore Sailing
Gambar ihsan Singapore Sailing

Sebanyak 9 perlumbaan yang dijadualkan berjaya dipertandingkan bagi kelas ini di Gelanggang C. Siti Arffah tidak mempunyai masalah untuk menggungguli kelas ini dan dibarisi pelayar-pelayar pelapis Singapura. 

Pencapaian kelas Laser Radial

Gambar ihsan Singapore Sailing
Gambar ihsan Singapore Sailing

Al Yauma Akma Zulkifeli beraksi agak cemerlang bagi kelas Laser Radial. Kehadiran semula pelayar berpengalaman Singapura Victoria Chan melihatkan beliau tiada saingan dan mengungguli acara ini. Persaingan antara Al Yauma dan Simone untuk kedudukan ke dua dan ke tiga dan kelebihan kepada Al Yauma apabila Simone tidak beraksi pada hari pertama kejohanan

Pencapaian Kelas Laser 4.7

Khaidir menunjukkan prestasi yang masih tidak menentu setelah berehat panjang dan merupakan kejohanan antarabangsa pertamanya semula. Fleet yang agak besar melebihi 20 bot bermakna sebarang kesilapan terutama di garisan permulaan dan kesilapan pemilihan gelanggang akan merugikan. 

Galeri Gambar

Kredit kepada Haw Lin & Linus untuk photo dari official website photo's

Aksi photo pada hari pertama dari official website: https://photos.app.goo.gl/jyvuh1KqSkhsui1D7

Aksi photo pada hari kedua dari official https://photos.app.goo.gl/zDV3eztHLvpEgSFdA

Aksi photo pada hari kedua dari official https://photos.app.goo.gl/eFtpgfbmhR8A77e87

Aksi photo pada hari ketiga dari official https://photos.app.goo.gl/KXzEoFzUc4NCLPYVA

Aksi photo pada hari ketiga dari official https://photos.app.goo.gl/PfyHcsNyM9P3o4WE8

Write a comment

Comments: 0