INFO SUKMA 2020-(i): Pelancaran Logo, Maskot dan Tagline SUKMA

Majlis Pelancaran Logo & Maskot SUKMA XX Johor 2020 telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal bertempat di Impiana Hotel, Senai, Johor.

 

YAB Dato’ Dr. Sahruddin Jamal yakin rakyat Malaysia  akan merasai 

kehangatan SUKMA XX apabila temasya ini semakin hampir dan menjanjikan sesuatu yang memukau menjelang saingan yang akan bermula ada 11 Julai hingga 19 Julai 2020

Kali terakhir Johor diberi penghormatan menjadi tuan rumah temasya SUKMS adalah pada edisi ke-empat pada tahun 1992. Untuk edisi kali ini, jawatankuasa Penganjur komited untuk menjadikan SUKMA edisi ke-20 ini antara yang terbaik dalam sejarah penganjurannya sejak 1986. 

Logo bagi SUKMA XX turut diperkenalkan dengan bercirikan jawi melalui huruf ‘Jim’ yang mewakili negeri Johor dan juga identiti kebanggaan Bangsa Johor yang masih memertabatkan tulisan jawi selain turut digabungkan untuk menjadi obor temasya.

Khazanah alam semulajadi di negeri Johor seperti gambir dan lada hitam turut diangkat sebagai sebahagian daropada obor temasya.

Slogan ‘Semarak Juara’ yang telah dipilih merupakan laungan bagi menyahut cabaran untuk memperkasakan semangat kesukanan dan kegemilangan sukan turut diletakkan di bawah logo temasya.


Dalam masa yang sama, mascot berupa seekor harimau diberi nama Jimi turut diperkenalkan yang menjadi simbol kepada Harimau Selatan. Jimi adalah seekor harimau yang berani dan garang, turut menampilkan ciri kesultanan zaman berzaman yang menjadi identiti negeri Johor.

Selain itu,  fesyen track suit terkini yang  diperagakan oleh Jimi  memastikan penampilannya lebih riang dan mesra untuk didampingi. 

Write a comment

Comments: 0