Kejohanan MSSM Rumusan Pencapaian Pasukan

Kejohanan Sukan pelayaran MSSM bagi tahun 2019 telah menutup tirainya pada malam 09hb Aug.
Tahniah kepada pemenang-pemenang terutamanya negeri Selangor yang diumumkan sebagai juara keseluruhan dengan kutipan emas terbanyak. 
Tahniah kepada pihak pengajur kerana dapat menguruskan satu kejohanan peringkat kebangsaan dalam keadaan dan suasana yang sangat menarik

Kejohanan ini menawarkan sejumlah 16 pingat emas keseluruhan melalui acara-acara yang merangkumi 4 kelas utama; Optimist, Laser Radial, Laser 4.7 dan juga windsurfing Bic Techno. Kejohanan yang berlangsung selama 6 hari berjaya diselesaikan dengan memakan 5 hari kejohanan dan 1 hari spare

Secara keseluruhannya keadaan angin adalah baik dengan 3 hari pertama kejohanan angin bertiup kencang sekitar 11-17kts dan dikhabarkan gust mencecah 19-20kts. Manakala pada 3 hari berikutnya angin bertiup perlahan. Selain berlaku sedikit kekeliruan dan permasalahan semasa acara penaja terutama melibatkan  keputusan bagi kelas Bic Techno, perlumbaan lain semuanya berjalan dengan lancar

Layari Youtube Channel Pelayaran MSSM 2019 untuk menyaksikan aksi-aksi sepanjang kejohanan

Youtube Channel Pelayaran Mssm 2019

Montaj Kejohanan Pelayaran MSSM Pulau Pinang 2019 

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari pertama kejohanan)


Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari kedua kejohanan)

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari Ketiga Kejohanan)


Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari Keempat Kejohanan)

Kejohanan Perahu Layar MSSM 2019 (Hari Kelima kejohanan)


Acara dan Negeri Pemenang Pingat

Acara Penaja Emas Perak Gangsa
1. Laser Radial  Terengganu Selangor Johor
2. Laser 4.7 Selangor  Pulau Pinang Sabah
3. Bic Techno Pulau Pinang  Neg Sembilan Pulau Pinang
4. Optimist U15 Negeri Sembilan Sabah Kedah
5. Optimist U12 Terengganu Kedah Kedah
       
       
6. Acara Optimist Berpasukan Sabah Selangor Perak
       
Acara Individu Emas Perak Gangsa
7. Optimist Bwh 15 Lelaki  Negeri Sembilan  Sabah Kedah
8. Optimist Bwh 15 Perempuan  Selangor Selangor Sabah
9. Optimist Bwh 12 Lelaki  Selangor Selangor Pulau Pinang
10. Optimist Bwh 12 Perempuan  Selangor Sabah Sabah
11. Laser 4.7 Lelaki  Kedah Perak Selangor
12. Laser 4.7 Perempuan  Perak Terengganu Kedah
13. Laser Radial Lelaki  Pulau Pinang Perak Terengganu
14. Laser Radial Perempuan  Pahang Sabah Selangor
15. Bic Techno Lelaki  Sarawak  Perak Terengganu
16. Bic Techno Perempuan  Terengganu Neg Sembilan  Perak

Negeri dan Pingat

Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah Rank
 Selangor 4 3 2 9 1
Terengganu 3 1 2 6 2
Negeri Sembilan 2 3 0 5 3
Pulau Pinang 2 1 2 5 4
Sabah 1 4 3 8 5
Perak 1 3 2 6 6
Kedah 1 1 4 6 7
Pahang 1 0 0 1 8
Sarawak 1 0 0 1 9
Johor 0 0 1 1 10
Putrajaya 0 0 0 0 11
Perlis 0 0 0 0 12
Melaka 0 0 0 0 12
Kuala Lumpur 0 0 0 0 12
Kelantan 0 0 0 0 12
Jumlah 16 16 16 48  

* Kedudukan negeri adalah dikemaskini dari blog mssm yang akan dikemaskini setelah mendapat info dari pihak penganjur

Anugerah Khas

1. Pelayar Terbaik Keseluruhan Lelaki

2. Pelayar Terbaik Kelas Optimist

Putra Adrine Danish Bin Mohd Puad

Negeri Sembilan

1. Pelayar Terbaik Keseluruhan Perempuan

2. Pelayar Terbaik Kelas Bic Techno

Tengku Nurani Ezaty Binti Tengku Khairudeen

Terengganu

1. Pelayar Terbaik Kategori Laser

Muhammad Faizal Bin Ahmad Asri

Selangor


Ulasan Pencapaian Pasukan Terengganu

Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Acara Penaja

Ulasan bagi acara penaja boleh dilayari di link button di bawah

Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Optimist Berpasukan

Acara ini dimenangi oleh pasukan Sabah yang merupakan penyandang juara bagi acara ini serta pemenang pingat emas SUKMA 2018.  Pasukan Terengganu memberikan cabaran yang agak baik bagi acara ini tetapi beberapa kesilapan dilakukan oleh pasukan terutama semasa di garisan permulaan serta kesilapan mudah lain menyebabkan pasukan terpaksa berpuashati pada kedudukan ke-empat dengan pengiraan mata semula antara pasukan Selangor, Perak dan Terengganu apabila ke-tiga pasukan ini mempunyai jumlah menang dan kalah yang sama.

Click on photo for Full Result
Click on photo for Full Result

Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Optimist Bawah 15 Tahun Lelaki

Asmadi beraksi agak cemerlang pada acara ini yang dikuasai oleh pelayar kebangsaan dari Negeri Sembilan. Manakala tempat kedua dikuasai oleh pelayar dari Sabah dan tempat ketiga dari kedah. Ke semua tempat tiga terbaik adalah pelayar  kebangsaan.

Manakala Megat (Mohd Idris) terpaksa berpuashati pada kedudukan ke-9 shj apabila  keputusan perlumbaan terutama pada awal-awal kejohanan ini tidak memberangsangkan semasa keadaan angin kuat. 3 pelayar lain dari Terengganu Al-Jazimin pada kedudukan ke-24, Nazmi ke-27 dan Zaquan ke-30

Click on Photo for Full Result
Click on Photo for Full Result

Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Optimist Bawah 12 Tahun Lelaki

Ketiadaan Fikri Aqil yang mengalami kecederaan akibat pelanggaran dengan kelas Bic Techno meranapkan impian pasukan untuk memberi cabaran bagi mempertahankan kejuaraan keseluruhan. Dengan hanya bergantung kepada kekuatan lawan utk bersaing sesama mereka melihatkan Selangor mendominasi acara Optimist terutamanya bagi acara 12 tahun ini.
Pelayar Terengganu dalam acara ini; Adam pada kedudukan ke-11, Haziq Naufal ke-16, Izaan Danial ke-20 dan Arif farhan ke-23.

Click on photo for Full Result
Click on photo for Full Result

Sedikit kerisauan apabila tiada cabaran atlet Terengganu dalam top 10 Bawah 12tahun menyaksikan yang pasukan perlu menjalani tugas berat dan lebih serius dalam membangunkan kelas ini bagi umur bawah 12tahun. Acara ini didominasi oleh negeri Selangor, Sabah dan Kedah


Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Optimist Bawah 12 Tahun Dan Bawah 15 tahun Perempuan

Click on Photo for Full result
Click on Photo for Full result

Tanpa penyertaan dari pasukan Terengganu untuk acara ini. Sekali lagi Selangor dan sabah menguasai acara Optimist ini terutamanya bagi kategori Perempuan

Click on Photo for Full result
Click on Photo for Full result

Juga tiada penyertaan dari pasukan Terengganu dengan sekali lagi Selangor menguasai tempat 1 dan 2 bagi acara ini. Kedua pelayar Selangor ini adalah pelayar kebangsaan yang menduduki ranking 1-2 ranking kebangsaan. Sabah menguasai tempat ke-tiga


Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Laser 4.7 Lelaki dan Perempuan

Bagi kelas laser 4.7 Lelaki kelemahan sangat ketara semasa beraksi bagi angin kuat melebihi 10kts merupakan penyebab utama kekalaha atlet Faizzuddin bagi kelas ini yang dikuasai oleh atlet kebangsaan yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018. Tempat kedua dimenangi oleh atlet dari Perak dan ketiga atlet kebangsaan dari Selangor

Bagi kelas Laser 4.7 Perempuan Al-Insyirah beraksi cemerlang cuba untuk memberi saingan kepada pelayar kebangsaan berpengalaman Nabila dari Perak. Walaupun begitu Insyirah berjaya menyaingi atlet dari Kedah yang memenangi gangsa serta dua atlet kebangsaan dari Perlis dan juga atlet kebangsaan dari Pulau Pinang


Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Laser Radial Lelaki dan Perempuan

Acara Laser Radial lelaki dikuasai olen pelayar kebangsaan dari Pulau Pinang dan juga Perak untuk tempat pertama dan kedua. Muhamammad Izzuddin yang merupakan pelayar windsurfing kebangsaan terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa dalam acara ini

Acara Laser Radial Perempuan juga dikuasai oleh pelayar kebangsaan dimana pelayar dari Pahang yang baru bertukar ke kelas ini tiada saingan untuk memenangi acara ini dan pingat Perak juga dimenangi oleh atlet kebangsaan dari Sabah. Manakala atlet selangor berjaya mencuri pingat gangsa. Amisya dengan kelemahan fizikal dan faktor tidak cukup berat menyebabkan ia tidak dapat menyaingi atlet teratas dan terpaksa berpuashati pada kedudukan keempat


Pencapaian Atlet Terengganu Bagi Kelas Bic Techno Lelaki dan Perempuan

Kelas Bic Techno Lelaki dikuasai oleh pelayar berpengalaman dari Sarawak yang merupakan pemenang pingat perak SUKMA 2018. Pingat perak pula dimenangi oleh pelayar kebangsaan dari Perak, manaka Luqman Hakim berjaya memungut pingat gangsa setelah terpaksa berhempas pulas pada awal kejohanan semasa angin kuat dengan tahap pengendalian yang agak rendah semasa angin melebihi 12kts.

Tengku Nurani Ezaty berstatus sebagai pelayar kebangsaan tidak mempunyai masalah untuk menguasai acara Bic Techno Perempuan apabila selesa menguasai semua perlumbaan di tempat pertama. Kejayaan ini membolehkan beliau menjulang piala Pelayar Perempuan Terbaik Kejohanan. Tempat kedua acara ini dimenangi oleh pelayar dari Negeri Sembilan dan tempat ketiga oleh pelayar dari Perak


Galeri Kejohanan Day 2- Day 6

Kredit kepada blog MSSM untuk sebahagian dari gambar

Galeri Penutup Kejohanan

Kredit kepada blog MSSM untuk sebahagian dari gambar

Google Drive Kompilasi Gambar dan Buletin Rasmi

Sila Klik link di bawah untuk ke kompilasi berkaitan di blog resmi kejohanan

Google Drive  Kompilasi Gambar Kejohanan Pelayaran MSSM 2019
https://drive.google.com/drive/folders/1ipp-BDT6z1DqOInXhY19304dmn9fYO3K?usp=sharing

Google Drive Buletin Rasmi Kejohanan Pelayaran MSSM 2019

Write a comment

Comments: 0