sailing basic points of sailing

 



FTE racing in waves

WATCHING YOUR FLY When sailing bow-into waves, the masthead fly will swing outboard as the bow crests and the mast dips back (left), and then swing forward as the bow goes down the wave and the masthead pitches forward (right). If the masthead fly is swinging a lot, you need lots of depth and twist in the sails.

Sailing: Gilmour makes a clean sweep in first round


PETALING JAYA: Australia’s Sam Gilmour is making waves at the Monsoon Cup Terengganu – thanks to some fatherly advice.

On Wednesday, the son of four-time world champion Datuk Peter Gilmour, steered his Neptune Racing Team to a commanding five wins in five races in the first round of the four-day event at the Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa in Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

His triumphs over Jeremy Koo of Sime Darby Foundation/1Malaysia Match Racing Team, David Chapman (DC Racing), Matthew Jerwood (Redline Racing), Morten Jakobsen (EM Thailand) and Hazwan Dermawan (1Malaysia Match Racing Team) have put Neptune on top of the round-robin standings with a 5-0 record.

CLICK TO VIEW FULL ARTICLE

Piala Monsun di Terengganu dikenali dunia

Piala Monsun di Terengganu dikenali dunia


KUALA TERENGGANU: Perlumbaan kapal layar Piala Monsun yang diadakan di Pulau Duyong di sini sejak 10 tahun lalu berjaya memperkenalkan negeri Terengganu ke seluruh dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata kejohanan berprestij itu mendapat liputan meluas daripada media cetak dan elektronik dalam dan luar negara.

"Terengganu bukan sahaja sebagai lokasi bersesuaian dengan sukan air, malah dapat menonjolkan elemen-elemen tempatan dan tradisional.

"Kejohanan itu memberi pulangan dan faedah kepada rakyat negeri itu dengan penekanan kepada pembangunan pelancongan dan pendidikan," katanya ketika merasmikan kejohanan Piala Monsun Terengganu 2014 di Marina Ri-Yaz Heritage, Pulau Duyong, di sini hari ini.

<<<<<CLICK TO VIEW FULL ARTICLE>>>>>

Mohd Jidin berkata enam pasukan dari luar negara yang menyertai kejohanan itu iaitu Team Nuptune Racing yang diketuai Sam Gilmour dari Australia, Match The World dengan Arthur Herreman (Perancis), Team Red Dot diketuai Maximillian Soh (Singapura).

Pasukan lain ialah De Racing (Australia), Redline Racing (Australia), EmThailand (Thailand) manakala dua pasukan dari negara tuan rumah iaitu Malaysia Match Racing dan Sime Darby Foudation-Malaysia Match Racing Team.

"Juara kejohanan itu akan layak ke perlumbaan Jelajah World Match Racing Alpari iaitu Piala Monsun Malaysia di Johor dari 10 hingga 14 Februari 2015," katanya. - BERNAMA

Isaf: Tunku Abdul Jalil diberi penghormatan
14 november 2014
  • Tunku Abdul Jalil Sultan IbrahimTunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pengerusi Innovatige Sdn Bhd., Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim telah diberi Anugerah Pembangunan Presiden oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (Isaf).

Innovatige, dalam kenyataan di sini hari ini, menyebut anugerah Isaf itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang Tunku Abdul Jalil dalam sukan pelayaran termasuk memperkenalkan Liga Layar Malaysia (LLM) dan Belia Belayar.

ISAF merupakan badan induk dunia untuk sukan pelayaran.

Mengenai anugerah itu, Tunku Abdul Jalil, dalam kenyataan sama, berkata pengiktirafan itu amat bermakna kepadanya kerana misi peribadi beliau adalah untuk menyumbang kepada pembangunan sukan pelayaran di negara ini.

"Ia merupakan satu penghargaan bagi saya untuk melihat anak muda Malaysia teruja dengan program pelayaran yang kita anjurkan. Semua ini mungkin tidak dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada
Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA)," kata Tunku Laksamana Johor itu.


VIEW FULL ARTICLE: ISAF Tunku Abdul Jalil diberi penghormatan  

Format Piala Monsun 2014 diubah penganjur

13 November 2014

FORMAT kejohanan kapal layar antarabangsa Piala Monsun akan diubah mulai tahun ini dengan peringkat pertama dikenali sebagai Piala Monsun Terengganu di Pulau Duyong, Terengganu dari 19 hingga 22 November ini.
   
Perlumbaan tersebut melibatkan pelayar utama dari Asia Pasifik memburu tempat ke kejohanan utama dikenali sebagai Piala Monsun Malaysia di Johor dari 10 hingga 14 Februari 2015.

Pemegang hak kejohanan, Innovatige Sdn. Bhd., dalam kenyataan semalam, berkata Piala Monsun Malaysia akan menampilkan 12 pasukan termasuk juara Piala Monsun Terengganu dan pasukan baharu, 1Malaysia Match Racing.

Piala Monsun Malaysia merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT).

VIEW FULL ARTICLE: FORMAT PIALA MONSOON 2014 DIUBAH PENGANJUR


Innovatige menandatangani perjanjian hak penganjuran Piala Monsun Malaysia pada April 2013 dengan pemegang francais AWMRT Alpari, Pro Match Tour Ltd.

Sebagai rekod, acara tahunan Piala Monsun diadakan di Pulau Duyong sejak 2005. - Bernama


ARTICLE BERKAITAN: LOKASI PIALA MONSOON-TAK PERLU LOBI KBS (13 November 2013)


Sasar lima pingat di Kejohanan Pantai Asia12 November 2014

12 November 2014


SKUAD pelayaran Malaysia menyasarkan untuk meraih lima pingat pada Kejohanan Pantai Asia di Phuket, Thailand bermula Jumaat ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Effendi Abdullah bagaimanapun berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran warna pingat pada kejohanan yang akan berlangsung selama tujuh hari itu.

Beliau berkata, Malaysia pernah memenangi satu pingat gangsa menerusi acara Optimist dalam kejohanan sama di Indonesia pada 2006.

"Sebanyak 16 pelayar akan membawa cabaran negara di kejohanan itu," katanya kepada Bernama di Langkawi hari ini.


VIEW FULL ARTICLE:Sasar 5 Pingat di Kejohanan Pantai Asia 12 November 2014


. - Bernama

Peruntukan kepada persatuan sukan dikaji

28 Oktober 2014

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan membuat kajian terperinci berhubung peruntukan kepada semua persatuan sukan tempatan bagi menghadapi temasya utama dalam tempoh empat tahun akan datang.
   
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata peruntukan itu perlu diberi keutamaan bagi menghadapi Sukan Olimpik 2016, Sukan Asia dan Sukan Komanwel, kedua-duanya pada 2018 selain Sukan SEA 2015 dan 2017.
   
"Segala keputusan mengenai peruntukan ini berdasarkan prestasi dan hala tuju yang dibentangkan oleh setiap persatuan sukan.
   
VIEW FULL ARTICLE: PERUNTUKAN KEPADA PERSATUAN SUKAN DIKAJI


"Badminton dan berbasikal meraih pingat tetapi warna pingat (pingat emas) yang kita sasarkan tidak tercapai," katanya.
   
Selain itu, Khairy berkata sukan memanah, karate, pelayaran dan menembak merupakan sukan yang menunjukkan prestasi cemerlang di Incheon.
   
Kontinjen negara gagal mencapai sasaran lapan pingat emas apabila sekadar meraih lima emas, 14 perak dan 14 gangsa di Sukan Asia 2014, yang berakhir awal bulan ini. - Bernama

Sukan perahu layar akan diberi tumpuan

12 Oktober 2014

Khairy Jamaluddin


KEMENTERIAN Belia dan Sukan akan memberi tumpuan terhadap sukan perahu layar yang mempunyai prospek menyumbang pingat pada peringkat Sukan Olimpik, kata menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata pencapaian dua pingat perak oleh skuad layar negara pada temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, baru-baru ini, adalah membanggakan dan permulaan mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi.

"Kita melihat bakat pelayar negara adalah antara yang terbaik di benua Asia dan selepas ini, kita akan memberi lebih banyak pendedahan kepada pelayar negara bersaing dengan pelayar dari benua Eropah di peringkat antarabangsa," katanya.

Kementerian akan berbincang dengan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) mengenai bentuk bantuan dan program pembangunan sukan itu, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang peringkat keenam Liga Layar Malaysia di Port Dickson, hari ini.

"Oleh kerana sukan ini dipertandingkan di Sukan Olimpik maka kita dapat membangunkan lagi sukan ini untuk matlamatnya satu hari nanti mendapat pingat di peringkat Sukan Olimpik," katanya.

VIEW FULL ARTICLE: Sukan perahu Layar Akan diberi Tumpuan

Sementara itu, pasukan Sime Darby Foundation/Koo Racing muncul johan keseluruhan dengan mengumpul 46 mata dan meraih hadiah sebuah kereta tajaan Naza Kia, pengedar sah Kia Motor dari Korea Selatan, piala pusingan dan piala iringan.

Pada pusingan keenam liga itu, pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (Onesails) muncul johan dan meraih hadiah RM6,000, tempat kedua dengan hadiah RM4,000 dimenangi pasukan Sime Darby Foundation/Koo Racing, manakala tempat ketiga dengan hadiah RM3,000 dimenangi pasukan KFC-MYA Racing. - Bernama

Jeremy confident to nick a win in Monsoon Cup

Jeremy confident to nick a win in Monsoon Cup

PETALING JAYA: Jeremy Koo is confident he can finally win a race in the Monsoon Cup.

The experienced 33-year-old Jeremy is set to make his fifth consecutive appearance in the prestigious Alpari World Match Racing Tour (AWMRT) in Pulau Duyong, Kuala Terengganu from Nov 25-29. It’s the Tour’s eighth and final stop of the season.

Jeremy is in buoyant mood after emerging overall champion in the 2014 Liga Layar Malaysia (LLM) last weekend. The six-leg circuit ended in Port Dickson last Sunday with Sime Darby Foundation/Koo Racing Team topping the final standings with a total of 46 points – five ahead of arch-rivals Mohd Masyuri Rahmat’s RMNMRT/151(ONESAILS) Racing Team.

Jeremy has skippered his team to four victories thus far – in Langkawi (February), Lumut (April), Pulau Indah, Klang (June) and Putrajaya (August) – and two runner-up finishes in Port Dickson twice (September and October).

Peruntukan lewat punca atlet gagal di Sukan Asia - Danyal

Peruntukan lewat punca atlet gagal di Sukan Asia - Danyal

KUALA LUMPUR: Kelewatan persatuan sukan mendapat peruntukan untuk membuat persiapan akhir atlet dikenal pasti antara punca kegagalan kontinjen...
BHARIAN.COM.MY


Mampukah karate selamatkan Zolkples?

 

INCHEON - Karate perlu melakukan keajaiban dengan menyapu bersih pingat emas dalam kesemua empat acara yang disertai hari ini, bukan saja untuk menyelamatkan maruah kontinjen Malaysia pada Sukan Asia XVII, malah mungkin menyelamatkan kedudukan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

<<<<<<<<<<<<<

Di Kuala Lumpur dan Incheon, sudah tersebar khabar mengatakan kedudukan Zolkples sebagai ketua pengarah MSN kini dalam bahaya kerana seandainya Malaysia gagal lagi mencapai sasaran, itu bermakna kegagalan kedua berturut-turut selepas Sukan Komanwel.

<<<<<<<<<<<<<

 

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kelmarin bahawa rombakan besar-besaran harus dilakukan, bermula dengan MSN ekoran kemerosotan yang ditunjukkan oleh sukan negara dalam tempoh empat tahun ini memberi isyarat bahawa ada perubahan bakal berlaku di peringkat atasan MSN.

Difahamkan, Khairy sudah pun mempunyai beberapa calon untuk mengisi jawatan penting dalam agensi sukan negara itu, dan Pesuruhjaya Sukan, Ahmad Shapawi Ismail antara yang disebut-sebut bakal kembali ke MSN.

Selepas kegagalan teruk dalam Sukan Komanwel, Malaysia juga telah melantik Institut Sukan Australia untuk melakukan audit terhadap program yang dilakukan dalam tempoh empat tahun. Laporan penuh dijangka diketahui pada Januari ini.

 


<<<<<<<<<<

Malaysia pulang bersama sembilan pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa di Guangzhou empat tahun lalu iaitu pencapaian terbaik mereka dalam sejarah Sukan Asia. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141003/su_03/Mampukah-karate-selamatkan-Zolkples#ixzz3F217sCdi 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KUALA TERENGGANU - Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri Terengganu dapat terus bersama dalam penajaan kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

 

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menasihati Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said agar tidak ‘terasa hati’ dengan keputusan awal kementerian itu dalam hak penganjuran sukan berbasikal.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu tidak berhasrat melobi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi mendapatkan hak untuk meneruskan penganjuran kejohanan Piala Monsun siri Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) pada musim depan.
KUALA TERENGGANU - Skipper pasukan US One, Taylor Canfield membuat kejutan apabila merangkul gelaran Jelajah Dunia Match Racing Alpari (AWMRT) buat julung kali setelah menyingkirkan pencabar terdekat, Ian Williams yang juga merupakan juara dua tahun berturut-turut.
  • 12 pelayar terkemuka mulakan cabaran AWMRT esok
    KUALA TERENGGANU - Dua belas pelayar terkemuka dunia kini mula berkampung di Pulau Duyong dengan membawa satu misi yang sama iaitu menjuarai acara kemuncak Siri Jelajah Match Racing Dunia Alpari (AWMRT) 2013.