http://www.stadiumastro.com/sukan/sukan-lain/artikel/msa-lega-terima-tajaan-rm2-juta/116163#.W_-EN7CfT2k.link

 
 
MSN sedia timbang cari jurulatih
www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) sedia mempertimbangkan permintaan pelayar negara, Khairulnizam Mohd. Afendy yang memohon khidmat jurulatih bagi mempersiapkan diri untuk kalendar 2014 walaupun permohonan tersebut sudah dibuat sekian lama sebelum bermulanya Sukan SEA 2013 Myanmar lagi.

 

Menurut Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) secepat mungkin.

 

"Kita juga akan melihat apa perancangan untuk ketiga-tiga atlet pelayaran, Khairulnizam, Ahmad Syukri Abdul Aziz dan Mohamad Faizal Norizan yang berjaya meraih emas di Sukan SEA 2013 Myanmar baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

 

Jelasnya, ketiga-tiga atlet pelayaran tersebut juga akan diberi keutamaan untuk beraksi di Sukan Asia 2014 Incheon dan kelayakan ke Sukan Olimpik 2016 Rio.

 

Khairulnizam, Khamis lalu membuat kenyataan kepada media berharap MSN dan MYA dapat menunai janji memberikannya khidmat jurulatih selepas berjaya membawa pulang pingat emas untuk negara di temasya dwi tahunan tersebut yang berakhir 22 Disember lalu.

Perkara ini telah disuarakan oleh Khairulnizam kepada Utusan Malaysia sebelum dia berangkat ke Myanmar lagi, apabila dia memerlukan khidmat jurulatih sebelum mengharungi Sukan SEA.

Teruja kendali kapal mahal

Dari My Metro:20/11/13

 

Kuala Terengganu: Seramai 832 pelajar sekolah menengah sekitar daerah ini teruja apabila diberi peluang mengemudi kapal layar pada program Belia Belayar bersempena kejohanan Piala Monsun di Ri-Yaz Heritage & Spa Resort, Pulau Duyong, semalam.

 

Program empat hari anjuran Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) itu turut disertai 104 guru daripada 13 sekolah terpilih antaranya Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, SMK Padang Midin dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu.

 

Pengerusi Innovatige Sdn Bhd merangkap Pemegang Hak Kejohanan Monsoon Cup 2013, Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, berkata program yang diadakan itu bertujuan membangunkan sukan pelayaran secara lebih komprehensif terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Menurutnya, program itu juga berpotensi sebagai medan mengenalpasti dan mencungkil pelapis baru dalam sukan kapal layar terutama dalam golongan muda apabila mereka diberi peluang mencuba sukan berkenaan.

 

“Selain diberi pendedahan mengenai sukan kapal layar merangkumi teori dan aspek-aspek asas pelayaran, demonstrasi pelayaran, latihan serta sesi perlumbaan, pelajar turut diberi peluang mengemudi kapal layar.

 

“Program ini juga secara tidak langsung memudahkan persatuan mencari bakat-bakat baru yang berminat dalam sukan kapal layar selain memberi ruang kepada golongan ini mengasah kemahiran masing-masing,” katanya semalam.

 

Beliau turut menyempurnakan ‘flag off’ program terbabit yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MYA Mazlan Othman, Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013 Ahmad Fathil Abd Ghani dan Timbalan Pengarah MSNT Ibni Amin Busu.

 

Tunku Abdul Jalil berkata, program seperti itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada golongan muda mencuba sukan berkenaan.

 

“Saya berharap program ini akan terus diperhebatkan setiap tahun dengan membuka penyertaan lebih meluas kepada pelajar sekolah,” katanya.

 

Artikel Asal: http://www.hmetro.com.my/articles/Terujakendalikapalmahal/Article/

 

 

Tiada penaja bukan masalah: Koo Racing

Kuala Terengganu: Walaupun tiada penaja bagi kejohanan kali ini, ia tidak mematahkan semangat Koo Racing Team untuk menempatkan pasukannya pada pusingan akhir Kejohanan Kelayakan Piala Monsun Peringkat Kebangsaan selepas menewaskan musuh utama, Permai Hotel Match Racing Team (Permai), di Pulau Duyong, di sini, semalam.

Kemenangan pasukan diterajui Jeremy Koo itu sekali gus memusnahkan impian pasukan Permai untuk beraksi pada Kejohanan Piala Monsun bulan depan seperti janji skipper pasukan itu, Hazwan Hazim Dermawan kepada penajanya, Permai Hotel.


“Meskipun tiada penaja, kami tidak berdepan masalah besar kerana semua kru memberikan kerjasama dan semangat juang tinggi untuk sekali lagi menempatkan pasukan ke Kejohanan Piala Monsun tahun ini,” katanya semalam.

 

Jeremy berkata, pasukannya mendapat tentangan hebat daripada pasukan Permai pada awal perlumbaan tetapi semangat juang dan kerjasama berpasukan menyebabkan pasukannya mampu menang pada saat akhir.


Beliau berkata, kini pasukannya hanya menumpukan kepada perlawanan akhir menentang pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Pasukan TLDM berjaya ke pusingan akhir selepas menewaskan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Sailing Team yang dipimpin jurumudi, Saifullah Mohd Esa.

“Saya tidak bersedia sepenuhnya untuk kejohanan ini apabila saya kehilangan penaja utama dan terpaksa mencari pengganti cepat untuk anak kapal tapi kami berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sekali lagi dan sudah tentu, kita perlu melakukan yang terbaik untuk menjuarai kejohanan kali ini.


Kami kecewa sedikit apabila tewas kepada Masyuri dan Saifullah dalam pusingan kedua siri robin tapi kita memilih untuk memikirkan ia sebagai pengajaran supaya kita tidak akan membuat kesilapan yang sama sekali lagi dalam perlawanan akhir,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/18: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadapenajabukanmasalah_KooRacing/Article/index_html