Terengganu Windsurfing Sailing Association (TWSA)

Terengganu Windsurfing and Sailing Association atau ringkasnya TWSA adalah sebuah persatuan sukan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Ianya merupakan sebuah persatuan sukan yang diurus tadbir oleh sekumpulan individu berpengalaman dalam sukan pelayaran baik di peringkat kebnagsaan mahupun antarabangsa. Merupakan persatuan yang bertanggung jawab terhadap perkembangan sukan luncur layar negeri Terengganu. 

 

Aktiviti perkembangan sukan luncur layar bagi negeri Terengganu dijalankan secara bersepadu dengan kerja sama antara TWSA sebagai NGO bebas bersama dengan MSNT, MSST dan TESA serta penglibatan penajaan dan kerjasama dari pihak swasta dan jabatan-jabatan kerajaan negeri yang lain di dalam program pembangunan sukan pelayaran terutamanya semasa mengendalikan kejohanan perahu layar/luncur layar.

 


SENARAI JAWATANKUASA PERSATUAN - TWSA

Visi/Misi Dan Matlamat Kami

Sebagai sebuah persatuan sukan luncur layar yang  utama pada peringkat negeri Teregganu, kami kukuh berpegang pada komitmen untuk terus berusaha mencapai kemajuan dan menjadikan Terengganu sebagai kilang melahirkan atlit yang berkualiti dan bertaraf dunia. Dalam usaha untuk mencapai keunggulan itu, kami warga Terengganu Sailing Team bersatu hati mengikuti visi dan misi serta berkongsi tanggungjawab mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Visi

Menjadi pusat latihan perahu layar bertaraf antarabangsa.

Misi

Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan akhlak dan pembangunan negara, serta kemajuan manusia sejagat menerusi bidang sukan.

Lokasi Kami