CARIAN BERITA SUKAN PELAYARAN & SUKAN TERENGGANU

Pasukan Perahu Layar Negeri Terengganu Sasar 5 Emas

SEKITAR LAWATAN YB ANGKAT TEAM SUKAN PELAYARAN TERENGGANU SUKMA 2018

NS sasar satu emas perahu layar SUKMA 2018

Ahad, 22 Julai 2018 | 3:30pm

Oleh Mohd Amin Jalil

sukanteam@nstp.com.my

 

PORT DICKSON: Skuad perahu layar SUKMA Negeri Sembilan yakin lapan atlet berpengalaman akan menjayakan misi merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018, yang akan berlangsung September depan.

Presiden Persatuan Pelayaran Negeri Sembilan (PPNS), Lawrence Yeow berkata, skuad perahu layar Negeri Sembilan akan mengambil bahagian dalam tiga acara iaitu Optimis Lelaki dan Perempuan, Optimist Berpasukan, International 420 dan Laser Radial...

BERITA SELANJUTNYA

Terengganu Sasar 69 Emas di SUKMA 2018

Rabu, 1 Ogos 2018 | 6:05pm

W AN Sukairi Wan Abdullah

 

KUALA TERENGGANU: Kontinjen Terengganu menyasarkan kutipan 69 emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) bagi edisi ke-19 di Perak bulan depan, sekali gus mahu merampas kembali takhta juara keseluruhan yang kali terakhir dimenangi pada 2012.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata sasaran itu realistik dan mampu dicapai, lebih-lebih lagi dengan komitmen dan latihan rapi yang diatur Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).

Beliau berkata, bagi temasya kali ini yang bakal berlangsung dari 12 hingga 22 September, pihaknya meletakkan harapan tinggi kepada skuad basikal, judo dan memanah untuk mengepalai pungutan pingat seterusnya mampu merealisasikan hasrat Terengganu untuk bergelar juara keseluruhan. 

Terengganu Sasar 60 Emas SUKMA di Ipoh

SUKAN»Lain-lain (Sukan)

Ahad, 21 Januari 2018 | 12:11am

PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat (tengah) bersama atlet SUKMA pada Majlis Penutup Kem 'Win Back Mission' Kontinjen Sukma 2018 Terengganu di Sekolah Kebangsaan Dusun, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA BERANG: Terengganu mensasarkan untuk mengutip 60 pingat emas sekali gus muncul juara Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 yang bakal berlangsung di Perak pada September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata kali terakhir Terengganu menjuarai temasya sukan dwitahunan itu adalah pada 2012 selepas bergelar juara bertahan bermula edisi 2008. 

Terengganu Mahu Juarai SUKMA 2018

Selasa, 12 September 2017 | 1:20am

DATUK Rozi Mamat bersama atlet melaungkan "Terengganu Nelang" selepas merasmikan Majlis Himpunan Kontinjen SUKMA Terengganu menjelang Detik Setahun sebelum SUKMA 2018 di Dewan Arena, Stadium Gong Badak.- Foto Rozainah Zakaria

Terengganu mahu juarai SUKMA 2018

KUALA NERUS: Terengganu membuat persiapan lebih awal bagi memastikan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 di Perak menjadi milik mereka.

 

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata pihaknya melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) mengatur perancangan rapi bagi menghadapi temasya itu nanti.

 

Beliau berkata, pihaknya kini sudah memasuki fasa kedua membabitkan hampir 700 atlet, dengan hampir 500 atlet yang akan dipilih untuk membawa cabaran Terengganu bakal ditentukan Disember ini.

"Sekali pun acara kenu masih tidak disenaraikan pada SUKMA Perak, kita akan beralih dan memberi tumpuan kepada sukan baharu.

 

"Acara sukan yang kita jangkakan mampu menjadi penyumbang utama pingat, antaranya adalah judo, berbasikal, memanah dan menembak," katanya..