SUKMA KE-XX, JOHOR 2020

Tarikh SUKMA 2020

Kronologi SUKMA 2020 Pelayaran

07hb Ogos 2019: Hari pelancaran Logo dan mascot SUKMA Johor 2020. 
Harimau yang menjadi simbol kepada Harimau Selatan dipilih sebagai maskot Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan berlangsung di Johor pada 11 hingga 19 Julai tahun depan, maskot itu dinamakan Jimi. 

Sementara itu, logo Sukma 2020 pula bercirikan tulisan Jawi melalui huruf ‘Jim’ yang mewakili negeri Johor yang turut digabungkan menjadi obor temasya dan menjadi kebanggaan Bangsa Johor yang masih memartabatkan tulisan Jawi

06 Ogos 2019: Mesyuarat pengarah untuk kali ke-2 dan terakhir untuk penyeneraian acara diadakan dan akhirnya kesemua acara sukan pelayaran dikekalkan dengan kembali 14 pingat seperti SUKMA 2018.

05 Julai 2019: Persatuan Windsurfing kebangsaan MWSA mengadakan mesyuarat pada 05hb Julai dan memutuskan untuk juga mengemukakan rayuan untuk pengekalan acara RS-One di kejohanan SUKMA. Sokongan dari setiap negeri didapatkan dan surat rayuan dikeluarkan bersama justifikasi gabungan MSA serta sokongan setiap negeri dikeluarkan

Mesyuarat pertama pengarah
Hanya 12 acara disenaraikan oleh jawatankuasa Pengelola Johor dengan kelas RS-One lelaki dan Perempuan dikeluarkan tetapi kekuatan dan jumlah pingat masih sama????.
Persatuan kebangsaan MSA melalui TD dan SUK memohon untuk disenaraikan semula acara RS-One sepertimana SUKMA 2018. Kertas justifikasi dikeluarkan oleh persatuan kebangsaan

Mascot SUKMA

SUKMA XX Johor 2020 memperkenalkan JIMI! Maskot SUKMA ke-20 yang sentiasa aktif, comel, gebu dan ceria, namun garang di gelanggang!

Kenali Jimi: Pepatah Melayu ada berkata, jangan dikejut harimau yang sedang tidur, kalau dikejut keluarlah keberaniannya!🐯

Jom kita kenali Jimi! Maskot rasmi #SukmaXXJohor2020 yang cute, aktif, bercita-cita besar dan garang di gelanggang!

#Jimi #SukmaXX #Johor2020 #SemarakJuara

JADUAL PERTANDINGAN

LOKASI PERTANDINGAN

KLIK UNTUK MAKLUMAT PENUH LOKASI PERTANDINGAN 


MAKLUMAT VENUE SUKAN PELAYARAN

LOKASI PENGINAPAN

KLIK UNTUK MAKLUMAT PENUH LOKASI PENGINAPAN