Team Invitation Kejohanan Hari Kedua

Keputusan bagi Optimist dan Int 420

Rumusan menyusul

Rumusan Menyusul

Rumusan Menyusul


Keputusan bagi Optimist

Team Invitation Bermula di Hari Pertamanya

Acara ketiga bagi aktiviti Terengganu Sailing Weeks membuka tirainya setelah berehat sehari semalam.

 

Acara ini sedikit kurang memberangsangkan lanjutan kepada keadaan banjir yang melanda Terengganu. Walaupun keadaan banjir sudah dikatakan pulih di seluruh Terengganu tetapi kenyataan yang dikeluarkan semalam menyebabkan beberapa pasukan jemputan terpaksa menarik diri.

 

Kenyataan yang gelombang banjir kedua bersama dengan gelombak ombak besar dan membahayakan menyebabkan pasukan Pahang, Pulau Pinang, Kedah termasuk Putrajaya dari awal lagi menarik diri dari menyertai acara ini. Amaran untuk menjauhi acara-acara di pantai dan kawasan berhampiran sungai menyebabkan keadaan yang kurang sambutan. Waalupun begitu aktiviti program yang dijalankan di kawsan Ri-yaz Heritage dijangka adalah selamat dengan keadaan berada di dalam teluk. Pasukan sebagaiaman biasa tetap menitik beratkan faktor-faktor keselamatan dengan penekanan diberikan dengan lebih tinggi kepada setiap pelayar dan pegawai yang terlibat.

Jumlah penyertaan merangkumi semua pelayar negeri dengan penambahan seorang pelayar dari Perak dan juga ditambah dengan penyertaan Asri dan Ali Imran yang baru sahaja tiba dari pusat latihan kebangsaan Langkawi. Manakala penyertaan bagi kelas bot adalah seperti berikut:

  1. Optimist telah berjaya membentuk 4 pasukan dengan 4 orang bagi setiap pasukan
  2. Int 420: 6 bot telah berjaya digandingkan dan pasukan membuat keputusan untuk menjalankan pertandingan acara Int 420 secara Match Race.
  3. Bagi kelas Laser pula akan diputuskan besok dan berdasarkan kepada jumlah atlet besar kemungkinan acara berpasukan dijalankan dengan 3 bot bagi satu pasukan dengan anggaran kira-kira 5 pasukan dapat dibentuk.

KIta masih menunggu jika ada penyertaan tambahan dari pasukan luar.

 

Format Pertandingan Optimist

Bagi kelas Optimist telah menjalankan acara berpasukan dengan sisitem round robin. 2 pusingan round robin akan dijalankan sebelum mendapatkan pemenang bagi separuh akhir dimana pemenang round robin akan memilih saingannya pada pusingan separuh akhir. manakala untuk persaingan akhir best of 2 dari 3 perlumbaan akan dijalankan.

Dalam membentuk pasukan 4 pelayar terbaik dikenalpasti terdiri dari Asmawi, Latif, Ali Imran dan Umar. 4 pelayar terbaik berikutnya dipilih melalui undian dan seterusnya sehinggalah terbentuk 4 pelayar bagi setiap pasukan

               
Pasukan 1 Sail No Pasukan 2 Sail No Pasukan 3 Sail No Pasukan 4 Sail No
Asmawi 227 Ali Imran 232 Latif 225 Umar 220
Hakimi 228 Al-yauma 221 Safares 233 Izzuddin 222
Sarah 223 Insyirah 231 Khaidir 236 Danial 343
Zulaikha 229 Asmadi 211 Faqih 230 Atikah 200

Fixture untuk 2 x Round Robin

Round 1

1

VS

2

2

VS

4

4

VS

1

 

3

VS

4

1

VS

3

2

VS

3

Round 2

1

VS

2

2

VS

4

4

VS

1

 

3

VS

4

1

VS

3

2

VS

3

Bentuk Gelanggang Optimist

Format Pertandingan Bagi Kelas Int 420

Sama seperti kelas Optimist cuma dijalankan secara Match Racing dan juga menggunkan beberapa asas undang-undang untuk Match Race App C RRS. Setiap pasangan akan bersaing sesama sendiri sebanyak 6 pasangan secara liga untuk menentukan pasangan yang paling banyak menang. 4 pasangan terbaik akan bersaing di separuh akhir dengan pemenang terbanyak berhak memilih lawan mereka di separuh akhir.

Fixture untuk 1 x Round Robin


START 1

5

VS

6

3

vs

5

4

vs

5

2

vs

4

5

vs

2

START 2

2

VS

3

4

vs

6

2

vs

6

1

vs

5

3

vs

4

START 3

1

VS

4

1

vs

2

1

vs

3

6

vs

3

1

vs

6

 

Kumat/Ilham

Kulim/Nadzirah

Husna/Ain

Somad/Fatin

Elfee/Sulaiman

Mukminin/Hafiz

1

2

3

4

5

6

 

Bentuk Gelanggang Int 420

Keputusan hari Pertama dan Rumusan

Kejohanan pada hari ini berjalan lancar dengan semua pusingan liga round robin telah berjaya dijalankan. Angin bertiup baik seawal jam 100am. perlumbaan hanya dapat dijalankan sekitar jam 1200tgh disebabkan persiapan bot, taklimat pertandingan dan persiapan gelanggang. Angin bertiup sekitar 7-9kts dan gust kadang-kadang meningkat ke 10kts.

Berakhirnya pusingan round robin pada hari ini dengan keputusan bagi kelas Optimist kumpulan Umar berjaya menguasai carta terakhir dengan mengumpul 5 kemengan dan 1 kekalahan akan memilih lawan mereka pada pertembungan separuh akhir besok.

Bagi kelas Int 420 pula Kulim yang diundi berpasangan dengan Nadzirah mendahului carta dengan 4 kemennagan dan satu kalah juga akan menentukan siapakah pesaing mereka untuk pertembungan separuh akhir.

Keputusan

Keputusan bagi kelas Optimist setelah berakhir 2 x round robin. Pasukan Umar berjaya mengatasi pasukan lain apabila memenangi kesemua pertandingan di Round Robin 1 dan hanya kalah sekali kepada kumpulan latif pada pusingan ke-2 round robin. Umar akan menentukan siapkah lawan mereka di separuh akhir besok.

Bagi kelas Int 420 pula Kulim dan paangannya Nadzirah berjaya memenangi 4 match dan kalah sekali kepada pasang Amirul yang berpasangn dengan coach Rormzi apabila Hafiz tidak turun pada pertembungan tesebut. Manakala 3 pasangan lain masing-masing berjaya memenangi 3 match berkongsi tempat-tempat berikutnya. Bermakna Kulim mempunyai kelebihan untuk memilih lawan mereka pada pertembungan separuh akhir besok.